fbpx

Fahami Tujuan Takaful/Insurans & Pelaburan

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 566Words
  • 691Views

Takaful / Insurans dan Pelaburan

Produk takaful adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Jika ada simpanan dan pelaburan, ia hanyalah ciri sampingan dan bukan yang utama. Yang utama tetap perlindungan kewangan, yang tidak diperolehi dalam mana-mana produk kewangan lain selain takaful / insurans.

Jika mahukan pulangan maksima dalam pelaburan, produk pelaburan adalah pilihan terbaik, bukan produk takaful / insurans. Jika tidak, kita akan menyesal dan kecewa dengan hasilnya kelak. Simpanan RM100 sebulan di dalam produk takaful / insurans, tidak akan mampu menandingi RM100 sebulan di dalam akaun simpanan.

Daripada buku-buku tentang pengurusan kewangan yang ditulis oleh pakar-pakar kewangan tempatan dan antarabangsa, tiada satu pun yang mengesyorkan takaful / insurans sebagai instrumen pelaburan.

Kadang-kadang saya keliru / kasihan dengan perunding-perunding takaful / insurans yang mempromosi produk takaful / insurans sebagai intrumen pelaburan.

Lebih kasihan kepada pelanggan.

Hakikat Investment Link Takaful / Insurans

Dalam takaful / insurans ada satu produk yang bernama ‘INVESTMENT LINK TAKAFUL / INSURANS”, yang selalu disalah-faham oleh pelanggan dan diberi pemahaman salah oleh perunding takaful / insurans.

INVENSTMENT LINK ada dua jenis, iaitu;

1) INVESTMENT LINK PREMIER, dan
2) INVESTMENT LINK CAPITAL

Produk INVESTMENT LINK PREMIER tetap fungsi utamanya untuk perlindungan kewangan, bukan untuk pelaburan. Malah perlindungan untuk produk ini, lebih besar daripada produk takaful / insurans tradisional atau endownment.

Manakala INESTMENT LINK CAPITAL, ia mirip UNIT AMANAH dan ia sesuai untuk pelaburan, tapi tidak ramai perunding yang memasarkannya kerana komisen sedikit.

Komisen produk INVESTMENT LINK CAPITAL lebih kurang komisen produk UNIT AMANAH IAITU SEKITAR 3%, berbanding komisen bagi produk INVESTMENT LINK PREMIER iaitu setinggi 25%.

 

Kes Penipuan Ejen dan Ejensi

Ada kes yang sudah dibawa ke bank negara dan ejensi terbabit disenarai-hitam.

Ia berlaku di syarikat XYZ-Insurans apabila memasarkan produk XYZ-Cash dengan mendakwa ia adalah produk pelaburan.

Tambahan pula, syarikat XYZ-Insurans adalah dalam satu kumpulan sama XYZ-Bank dan ejen-ejennya mendakwa mereka dari XYZ-Group dan memasarkan produk pelaburan XYZ-Bank.

Mengapa ia berlaku? Kerana komisen produk insurans lebih tinggi berbanding produk pelaburan unit amanah. Klien hanya mengetahui mereka ditipu selepas setahun, apabila menerima penyata daripada pihak syarikat, dan ketika itu ejen berkenaan sudah menikmati komisen, menerima pelbagai anugerah dan sudah mendapat hadiah percutian ke luar negara.

Selepas beberapa tahun ia dipasarkan dan aduan demi aduan diterima dan siasatan dilakukan, akhir sekali Bank Negara Malaysia mengambil tindakan untuk menyenaraihitamkan ejensi berkenaan dan menarik balik produk XYZ Cash tersebut dari pasaran.

Saya tidak dapat menyebut syarikat berkenaan kerana tiada sebarang hitam putih tentang maklumat itu kerana faktor P&C dan menjaga nama baik industri dan syarikat. Saya menerima maklumat ini dari beberapa sumber yang dipercayai.

Dalam hal ini, saya berbeza pandangan. Sepatutnya, untuk menjaga nama baik industri, lebih baik telus mendedahkan nama syarikat dan ejensi berkenaan kepada awam supaya tidak ramai yang tertipu dan ejen-ejen lain mengambil perhatian.

Kredit gambar: WWW.duitkertas.com

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Berminat untuk mengetahui tentang perkara ini? Sila isi borang di bawah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rutin pada hari Rabu malam team INFAQ Takaful mengadakan weekly…