FAQ Takaful (1) : Pelajar hendak mencarum, tetapi tiada duit.

Soalan daripada Tuan Hamidi Zamri melalui FB www.facebook.com/RahsiaTakaful :

“xde duit gaji nak simpan bulan2 sbg seorang pelajar”

 

Jawapan:

Ada beberapa alternatif;

(1) Jika tiada duit, malah pelajar pula, maka tidak perlulah untuk mengambil takaful kerana dari segi keperluan, seseorang pelajar masih belum sampai tahap “wajib” untuk melanggan takaful kerana masih belum memiliki tanggungan dan liabiliti, atau

 

(2) Jika ingin mulakan, boleh mulakan dengan yang paling minimum serendah RM10 atau RM20 atau RM30  sebulan, atau

 

(3) Cari pendapatan tambahan sebagai perunding takaful. Daripada pendapatan tembahan itu, boleh mula mencarum dengan takaful 🙂

 

Kami sedang mengumpulkan FAQ tentang takaful. Apa yang bermain-main di fikiran Tuan-Puan apabila terbayangkan “takaful”? Jika ada, boleh ajukan kepada kami.


 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?