fatwa hukum insurans konvensional percuma

 

Fatwa ini daripada laman web http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-terima-insurans-konvensional-percuma.

 

Ia menjawab persoalan “Saya membeli produk X dan dapat percuma insurans personal accident secara percuma, apa hukumnya”.

Produk X boleh jadi rumah, kereta, telefon, sim kad dan sebagainya.

Fatwa ini tidak terpakai kepada;

1) Orang yang mengaku ‘pakar insurans’ yang menganggap alim ulama dan malis fatwa salah dalam mengharamkan insurans konvensional.

2) Golongan yang mengatakan bahawa wang kertas bukan item ribawi sebab bagi mereka sama sahaja kewangan konvensional mahupun tidak.

Baca huraianya;

ISU: 

Sebagaimana dimaklumi insurans konvensional adalah haram.Tetapi saya ingin bertanya sekiranya ia diberi percuma adakah ia tetap haram atau harus?
PENJELASAN:
Sebagaimana sedia maklum bahawa insurans konvensional adalah haram dan hukum ini telah diputuskan oleh banyak badan-badan fatwa dan juga kesatuan-kesatuan fiqah di peringkat antarabangsa.Elemen utama yang menjadikan insurans konvensional haram ialah kerana ia mengandungi:
i- unsur riba
ii- unsur gharar
iii- unsur perjudian.
Justeru adalah haram bagi orang Islam untuk mengambil insurans konvensional.Manakala bagi orang yang mendapat insurans secara percuma, sebagai contoh pekerja di sebuah syarikat yang mana syarikat tersebut membayar insurans untuk staf-stafnya, maka dia boleh mendapat benefit sekadar jumlah yang telah dibayar oleh syarikatnya. Ini kerana jumlah yang sudah dibayar kepada syarikat insurans dianggap sebagai prinsipal yang sepatutnya boleh dimiliki oleh staf tersebut.
Wallahu A’lam.

 

 

 

Comments

  1. Manakala bagi orang yang mendapat insurans secara percuma, sebagai contoh pekerja di sebuah syarikat yang mana syarikat tersebut membayar insurans untuk staf-stafnya, maka dia boleh mendapat benefit sekadar jumlah yang telah dibayar oleh syarikatnya. Ini kerana jumlah yang sudah dibayar kepada syarikat insurans dianggap sebagai prinsipal yang sepatutnya boleh dimiliki oleh staf tersebut.

    Boleh tuan jelaskan bagaimana kita nak tahu jumlah yang sudah dibayar oleh syarikat kepada syarikat insurans ?

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?