fbpx

Fikirlah Dahulu Sebelum Mandi Kolam Renang

Tempoh hari datang sini, tiba-tiba terbaca satu tulisan di mesej dalam group famili.

Tidak tahu siapa penulisnya, saya coretkan di sini;

Kajian menunjukkan, majoriti yang mandi di kolam renang akan kencing dalam kolam tersebut.

Berendam lama2 dalam kolam menyebabkan badan jadi sejuk, cepat terasa nak kencing.

Sebab malas nak keluar pergi tandas, ramai yang terus kencing dalam kolam, bukan orang nampak pun.

Dia fikir, apalah sangat kesannya air kecing dia yang sedikit itu berbanding air kolam yang banyak.

Dia lupa orang lain pun fikir macam tu juga, lalu kencinglah mereka secara berjemaah tanpa imam.

Akibatnya, dalam tempoh tiga minggu, sebuah kolam renang saiz sederhana iaitu 1/3 kolam renang saiz Olimpik, ada 75 liter air kencing!

Itu baru tiga minggu, bayangkan kalau berbulan-bulan hanya recycle air yang sama, bergelen-gelen urin kat dalam tuh.

Sudah lama kami tak benarkan anak2 mandi kolam kalau check in kat mana2 hotel, kesian diaorang tertelan air kencing semasa buat aksi terjun tiruk tuh.

Kalau nak mandi, kami balik kampung mandi laut, atau mandi sungai kalau kebetulan air cantik.

Atau kami pergi mandi jeram, ambil port yang paling atas, yang tak ramai orang lain kat hulu, supaya kencing diaorang tak menyinggahi kami.

Saya teringat ni sebab sedang cari2 hotel untuk menginap bawa anak jalan2 esok lusa, dalam kriteria pemilihan hotel itu kolam langsung tidak diberi perhatian.

Saya tulis ni sekadar untuk sedikit pesanan. Tidak salah mandi kolam, tapi janganlah kencing! 😡😠

—–

Lepas baca terus tertelan air liur. Gulp!

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com