cashflow
Inilah formulanya : I – E = S

Ini adalah formula asas perancangan kewangan. Tidak perlu matematik tinggi atau kursus perakauan atau PhD utk memahaminya.

I = INCOME (PENDAPATAN),
E = EXPENSES (BELANJA), dan
S = SURPLUS (BAKI).

Ia juga dipanggil sebagai CASHFLOW atau ALIRAN TUNAI.

Prinsip asasnya ialah, S mesti postitif agar ALIRAN TUNAI tidak terganggu.

Untuk memastikan S berada dalam keadaan positif, maka faktornya ialah I dan E.

Sebenarnya, PENDAPATAN dan BELANJA adalah faktor di dalam kawalan kita.

I = INCOME / PENDAPATAN
Kita tidak boleh untuk mengawal tangga gaji yang diberikan oleh majikan kita, tapi kita boleh berusaha untuk mendapatan PENDAPATAN tambahan dengan memilih pekerjaan tau bisnes baru.

E = EXPENSES / BELANJA
Kita tidak mampu untuk mengawal harga barang, harga tol, harga petrol, tarif eletrik, kadar cukai, dan sebagainya, tapi kita ada pilihan untuk memilih gaya hidup dengan BELANJA di bawah PENDAPATAN kita.

Jika S adalah negatif, maka caranya ialah sama ada, dengan meningkatkan I atau mengurangkan E.

Comments

  1. Salam En Afyan,
    Boleh x saya dapatkan Financial Analysis yg dalam Excel tu….. utk pengetahuan En. saya pun adalah salah seorang agent Takaful Ikhlas di Johor …. gembira bila saya dapat tahu En. Afyan juga adalah salah satu keluarga Takaful Ikhlas.

    Tq,
    Nasrul Jusoh

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?