Pendapatan, dibahagikan kpd bahagian;

30% Perbelanjaan isi rumah
30% Pembayaran hutang
30% Lebihan
10% Pemberian dan lain-lain

—————————————————————————————————————–

1) 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH spt sewa, petrol, makan, minum dll

2) 30% PEMBAYARAN HUTANG spt hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dll

Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dgn maksima 60%.

1

3) 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kpd 3:

Simpanan 10%
Perlindungan 10%
Pelaburan 10%

3.1) SIMPANAN (10%). Instrumen simpanan mestilah:

a) Tiada caj dan risiko
b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini? Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat.

Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

3.2 PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful.

Perkara yg perlu dilindungi ialah:

a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal.

3.3 PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen spt saham, unit trust, hartanah, emas dll.

Pelaburan, melalui kaedah:

a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif

2

4) 10% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kpd ibu bapa dan lain-lain.

 

NOTA:

1. Kami namakan model perancangan kewangan ini sbg INFAQ, akronim kpd INTELLIGENT & FINANCIAL QUOTIENT dan perkara an INFAQ juga istilah yg dekat dgn elemen kewangan dalam ISLAM.

2. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dgn peruntukan 60%

3. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kpd PELABURAN.

4. PERLINDUNGAN takaful dgn peruntukan 10% adalah utk diri sendiri. Utk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

5. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dgn lebihan yg ada utk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

 

infoModelINFAQ

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?