Haters, Tunjukkanlah Kejantananmu

Ini antara profil palsu yang dikesan memberi komen di FB saya.

Dia tidak puas hati dengan tulisan-tulisan saya yang memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kekeliruan istilah “medical card 3 dalam 1”, “medical card ada saving” dan seumpamanya.

Apa yang dilakukan oleh haters ini ialah, memberi komen menggunakan FB palsu dan kemudian mengkritik saya kononnya saya tidak profesional.

Siap mengaku bahawa dia seorang pelanggan medical card selama 10 tahun dan ada saving RM8,000.

Inilah contoh hater yang bacul.

Saya lebih hormati hater-hater yang berikan pandangan berbeza, menggunakan akaun sendiri. Baru gentleman dan bertanggungjawab.

Soalan uji minda untuk Tuan-Puan; Agak-agaknya, siapa yang berselindung di sebalik akaun fake ini?

A. Ejen takaful
B. Klien takaful

Dan berikan sebab yang munasabah 🙂

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?