Hibah Takaful

Beberapa tahun sebelum “hibah takaful” dipopularkan, saya belajar tentang hibah di Takaful IKHLAS, antara syarikat takaful pertama yang menggunakan instrumen hibah takaful di Malaysia sebelum IFSA 2013 dikuatkuasakan.

IFSA = Islamic Financial Services Act / Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Hibah merupakan instrumen pengagihan manfaat takaful, bukan produk takaful dan selepas IFSA 2013, semua borang-borang permohonan takaful semua syarikat takaful diwajibkan untuk disertakan borang penamaan hibah, di samping borang penama yang sudah sedia ada sejak sekian lama.

Bagi mana-mana peserta takaful yang menyertai takaful sebelum pelaksanaan IFSA 2013, wajib mengisi borang penama.

Bagi peserta yang menyertai takaful selepas IFSA pula boleh memilih sama ada untuk mengisi borang penama atau hibah sahaja, atau kedua-duanya.

Hibah takaful BUKAN penyelesaian kepada isu pusaka, ia hanyalah membantu dan sangat terhad kepada manfaat takaful dan sangat rapuh kerana polisi boleh lapse pada-pada bila masa dengan mudah.

Berikut beberapa tulisan saya berkaitan isu ini:

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian jika mengisi borang hibah takaful.
http://afyan.com/apa-ada-dengan-hibah-takaful-point-terakh…/

Dahulu trend medical card takaful dan kini tren hibah takaful pula, jadi ini beberapa perkara penting
http://afyan.com/ada-apa-dengan-hibah-takaful-2.html/

Kaitan hibah dan wakaf dalam perancangan kwangan Islam
http://afyan.com/hibah-dan-waqaf-perancangan-kewangan-akhi…/

Perbezaan di antara penama dan hibah dalam produk takaful
http://afyan.com/faq-7-beza-penama-dan-hibah.html/

Ini pula contoh proposal takaful yang mengandungi hibah dengan bajet RM 100 sahaja
http://afyan.com/contoh-income-protection-plan.html/

Gambar: On This Day FB, saya belajar tentang “Hibah Ikhlas” pada tahun 2015 pada tarikh ini.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?