Hidup Adalah Apa Yang Kita Pilih

Apa yang terjadi hari ini ialah apa yang kita pilih suatu ketika dahulu. Ia bukan terjadi tiba-tiba.

Bersungut, mengutuk, troll, memaki hamun, dan sebagainya, tidak mampu mengubah apa-apa.

Peluang untuk mengubah kerajaan sudah pun berlalu 3-4 tahun lalu. Peluang yang akan datang pun nampak agak tipis.

 

Kita tidak mampu untuk mengawal;

+ naik turun harga petrol

+ kenaikan harga minyak masak

+ naik turun nilai RM

+ harga rumah

+ harga getah

+ harga emas

+ harga karipap makcik kantin

+ harga teh tarik kedai mamak

+ harga Milo

+ harga pampers anak

+ harga iPhone 7

+ harga kangkung

+ hantaran Neelofa

+ dan bermacam perkara dalam dunia

 

Tapi yang di dalam kawalan kita ialah;

+ gaya hidup kita,

+ pekerjaan kita,

+ bisnes kita,

+ pendapatan kita,

+ perbelanjaan kita,

+ rumah yang kita duduki,

+ baju yang kita pakai,

+ kereta yang kita pakai,

+ makanan yang kita makan,

+ telefon yang kita pakai

+ dan lain-lain

 

Ada banyak perkara yang di luar kawalan kita, dalam masa sama juga ada banyak perkara yang masih di dalam kawalan kita untuk kita ambil tindakan.

Jadi, daripada fokus kepada perkara-perkara yang memang di luar kawalan kita, lebih baik kita fokus kepada perkara yang boleh kita kawal dan kuasai.

“Kita tidak mampu mengawal arah angin, tapi kita mampu untuk mengawal layar kapal”

“For things to change, I must change first”

“Focus on circle of control”

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?