fbpx

Hidup Ibarat Secawan Kopi

Hidup ibarat secawan kopi.

Fokus kepada kopinya, bukan cawannya.

Apabila kita meminum kopi, antara kualiti cawan dan kualiti kopi yang manakah yang patut diutamakan?

Tidak lain tidak bukan, sudah tentu kualiti kopi kerana ia mempengaruhi rasa dan aromanya.

Lagi mahal kopi lagi lazat rasa dan aromanya.

Berbanding dengan cawan, semahal mana cawan langsung tidak mempengaruhi rasa kopi.

Begitu juga hidup ini, utamakan kualiti kehidupan lebih penting dari kualiti kebendaan yang menampung kehidupan.

Hidup ibarat secawan kopi. Fokus kepada kopi, bukan cawan.

Semoga tahun 2018 ini kita menikmati kopi yang lebih sedap dan enak berbanding 2017!

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Status ini tiada kaitan dengan Kopi Pak Belalang.

 

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com