fbpx

Hormati Keputusan Rakyat, Maafkan Kekhilafan Ini

Kita hormati keputusan rakyat.

Moga demokrasi di Malaysia semakin subur. Besar harapan saya agar peralihan kuasa di banyak tempat berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Ia pengalaman baru bagi rakyat.

Pengalaman peribadi paling sedih dan tak dapat dilupakan dalam PRU kali ini bukan sebab parti kalah, sebab kalah itu sudah biasa. Kalah menang adat pertandingan.

Tapi yang paling sedih dan tak dapat dilupakan ialah pengalaman tidak dapat menunaikan hak dan kewajipan mengundi walaupun berjam-jam menunggu bersama-sama kira-kira 300 lagi pengundi muda di saluran 5, 6 & 7 petang tadi.

Selepas jam 5 kami masih menunggu dengan harapan SPR akan mengizinkan kami mengundi.

Penantian hingga jam 6:30 ptg sia-sia, sebelum membuat laporan polis atas insiden pencabulan demokrasi ini. Ada video saya sertakan petang tadi di FB ini.

Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada parti-parti dan calon-calon yang menang.

Juga saya tak lupa kepada rakan-rakan followers baru yang mengikuti FB saya dalam tempoh 10 hari ini. Jumlahnya drastik secara tiba-tiba tanpa saya jangkaannya.

Terimalah lelaki bernama Afyan Mat Rawi ini seadanya. Jika ada silap dan salah, saya sedia ditegur dan dikritik.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya ejen cabuk. Selepas ini saya kembali kpd rentak asal sebelum PRU.

Saya akan BAU – Bussiness As Usual.

Mana-mana parti yang menang pun, poket kita adalah tanggungjawab kita.

FB saya akan kembali dihiasi dengan status-status tip kewangan, diselang-selikan dengan coretan peribadi sebagai seorang perunding kewangan, ayah, dan suami juga sebagai rakyat Malaysia yang menjadi rakan anda yang sedang membaca coretan lewat malam ini.

Juga kpd saya mohon ribuan ampun dan maaf andainya ada yang tersilap kata, terkasar bahasa menyinggung perasaan rakan-rakan yang sekian lama bersama saya lewat FB sebelum musim PRU.

Terima kasih kerana masih mengikuti FB ini. Saya sangat hargai persahabatan maya ini. Khilaf politik diharapkan tidak menjadikan ukhwah kita terkhilaf.

Semoga kita berjumpa lagi esok dan hari-hari seterusnya dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di negara yang kita cintai ini.

Ayuh kita sama-sama bermuhasabah, adakah politik medan menambah dosa atau menjadi ladang pahala.

Walaupun pintu bilik mengundi sudah ditutup jam 5 tadi, pintu taubat masih terbuka.

Sekian, Wassalam.

ISLAM Forever!

Afyan Mat Rawi
Menang tak megah, kalah tak rebah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com