fbpx

Hukum Mempamerkan Logo Produk Tidak Patuh Syariah

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 198Words
  • 579Views

Tulisan ini dipetik dari Harian Metro, Januari 2011 tulisan bertajuk “Berdosa Pamer Jenama Haram”, tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Link asal di http://www.hmetro.com.my/ar…/Berdosapamerjenamaharam/Article

Tapi ia sudah tiada dalam server Harian Metro. Jika ada kawan-kawan yang melanggan Harian Metro Online, boleh tolong semakkan.

Tapi jika kita search “berdosa Pamer logo haram”, ada beberapa website yang memuatkan tulisan penuh artikel tersebut.

Antara yang disebut dalam tulisan berkenaan ialah mempamerkan logo-logo produk perbankan dan insurans tidak patuh syariah;

“Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.”

Semoga kita semua bebas dari sebarang dosa riba dan yang seangkatan dengannya.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tempoh 7 hari untuk Alfafa membayar kos guaman RM10K telah…