fbpx

Iklan Raya Petronas 2008

Mungkin agak lewat entri ini.

Ketika kali pertama menonton iklan raya Petronas kali ini, saya menyangkakan ia adalah iklan TM atau sekurang-kurangnya iklan Streamyx.
iklan-raya-petronas
Rupa-rupanya iklan raya Petronas!

Rasanya iklan raya Petronas 2007 yang memaparkan cerita “burung apa? burung murai!” lebih mendalam kesannya ke dalam hati penonton.

Atau lebih syahdu lagi iklan raya Petronas 2006 tentang kisah “abah dah pakai lampin?”, yang mempu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Ironinya, iklan TM “sebab masa atuk dan nenek ada, abah tak pernah balik kampung”, tahun ini lebih menyentuh perasaan berbanding iklan Petronas.

Cuba lihat jalan cerita iklan tersebut;

Dialog-dialog awal iklan adalah tentang line telefon.

“Telefon rumah selalu rosak”,
“Kat sini susah dapat line”,

Pada peringkat ini saya menyangka ia adalah iklan TM.

Sedari awal iklan ini, memaparkan dialog-diolog tentang kelemahan line telefon seolah-olah ia mesej daripada TM.

Kemudian apabila naik ke rumah juga, isu tiada line ini juga terus-terusan dipaparkan apabila monitor laptop Man yang memaparkan “You are not connected the Internet”.

“Man kena tidur kat pekan malam ni mak”,
“Sebab Man nak kena pakai internet. Sana ada line”,

Pada peringkat ini saya menyangka ia adalah iklan Streamyx, atau sekurang-kurangnya Celcom Broadband.

Kemudian hampir di penghujung iklan, masih lagi berkisar line telefon menguatkankan lagi tekaan saya; ia adalah iklan TM.

“Man telefon tadi”,
“Telefon Mak rosak”.

Pada peringkat ini, saya betul-betul yakin ia adalah iklan TM dan Streamyx.

Hanyalah selepas dialog “Apa Man dah buat?”, barulah saya tahu ia iklan Petronas. Jangkaan saya meleset sama sekali 🙁

PS:
Mungkinkah ada mesej ‘tersirat’ Petronas kepada TM?

PSS:
Perasan atau tidak, di awal iklan ini, ada dialog “Man puasa tak?” yang dituturkan oleh watak Emak (yang dilakonkan oleh pelakon Maria Arshad), kepada anaknya Man (saya tak pasti pelakonnya, tapi nampak sangat “berlakon”) pula, agak janggal seolah-olah Man jarang-jarang puasa. Jika watak Man ini adalah seorang perempuan mungkin boleh diterima 🙂

PSSS:
Ada adegan-adegan menarik di sebalik tabir iklan ini, seperti Man memanjat tangga (ia tidak dipaparkan di dalam iklan sebenar) dan lain-lain.

PSSSS:
Di dalam website PPIM, ada aduan tentang iklan ini yang mengatakan ada babak di dalam iklan ini tidak menghiraukan sensitivity orang Islam apabila Man dan seorang pakcik berbuka puasa di dalam kedai orang bukan Islam. Entahlah….

Baca juga:
http://isuhangat.blogspot.com/2008/09/iklan-raya-petronas-2008.html
http://www.kujie2.com/perayaan/iklan-raya-petronas-yang-mana-paling-best.html
http://www.noorizamshah.com/2008/09/29/iklan-raya-petronas-2008-untuk-my-wife.html
http://whitenaval.wordpress.com/2008/09/24/iklan-raya-petronas-2008-mak-ok/
http://www.ehoza.com/v4/forum/video-clip/25558-iklan-raya-petronas-2008-a.html
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=2298&c=1&s=1

7 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com