(1)
Apabila saya berkongsi tentang skim-skim yang too good to be true, saya sebenarnya ingin memberi peringatan kepada rakan-rakan saya supaya berhati-hati dalam memilih bisnes dan pelaburan yang ada di pasaran supaya tidak terjerumus dalam skim cepat kaya.

Ia BUKAN BERMAKSUD saya hendak memburukkan perniagaan orang lain.

Ia BERMAKSUD ada perniagaan yang benar-benar perniagaan dan ada yang menjalankan money game.

(2)
Apabila saya berkongsi tentang beberapa MLM yang hanya fokus kepada head hunting dan bukan jual produk, sebenarnya saya memberi peringatan supaya berhati-hati dengan MLM-MLM yang ada di luar sana.

Ia TIDAK BERMAKSUD semua MLM adalah money game.

Ia BERMAKSUD ada MLM yang genuine dan ada MLM yang menjalankan skim cepat kaya.

Boleh join mana-mana MLM yang sah dan yang tidak menjalankan money-game.

(3)
Apabila saya berkongsi tentang fokus utama produk takaful adalah untuk protection dan bukan investment, saya ingin memberi panduan kepada public, fungsi utama takaful dan berhati-hati apabila ada yang mempromosi takaful sebagai produk pelaburan walhal ia bertentangan dengan prinsip dan fungsi utama takaful.

Ia TIDAK BERMAKSUD tidak perlu langgan takaful.

Ia BERMAKSUD ada produk takaful yang memenuhi keperluan tersebut dan ada yang tidak memenuhi keperluan kewangan.

Jadi, pilihlah produk takaful tidak kira dari mana-mana syarikat takaful, yang pentingnya ia memenuhi keperluan utama takaful untuk protection.

Jika sudah memenuhi keperluan perlindungan, barulah boleh pertimbangkan hendak ambil takaful untuk persaraan, pelaburan, keluar duit 3 tahun sekali dan sebagainya.

Laporan akhbar The Star 3 Januari 2016 menunjukkan majoriti rakyat Malaysia ialah ‘under insured’. Jadi apa perlunya takaful untuk tujuan-tujuan lain jika keperluan utama pun masih tidak cukup?

(4)
Apabila saya kongsikan data-data tentang prestasi pelaburan saham-saham amanah di Malaysia yang majoriti pulangannya hanya menyamai Tabung Haji, ASB dan KWSP, bertujuan untuk memberi peringatan bahawa bukan semua pelaburan saham amanah memberi pulangan yang lebih baik dari TH / ASB / KWSP.

Ia BUKAN BERMAKSUD tidak perlu langsung membuat pelaburan.

Ia BERMAKSUD, ada dana yang perform dan ada dana yang tidak perform dengan baik.

Jadi, sebelum membuat pelaburan faktor pemilihan dana sangat penting.

Berdasarkan statistik KWSP, 60% pencarum KWSP hanya mempunyai simpanan yang boleh bertahan selama 3 tahun selepas bersara.

Jadi, jangan muda-mudah menggadaikan dana persaraan anda dengan tawaran pelaburan kononnya lebih baik daripada pulangan KWSP.

peluang-kerjaya-sebagai-ejen-takaful-perunding-takaful-usahawan-takaful-di-takaful-ikhlas-1

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?