fbpx

Infografik: Perbandingan Emas Gold Bar dan Barang Kemas

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 316Words
  • 563Views

Grafik asal

Infografik ini digunakan oleh rakan-rakan untuk mempromosi pelaburan emas menggunakan gold bar, berbanding barang kemas.

Grafik ini cenderung kepada gold bar yang mempunyai 6 ciri kelebihan gold bar berbanding barang kemas, iaitu:

1. Spread gold bar lebih rendah berbanding barang kemas.

2. Gold bar tidak ada upah dan GST (bukan semua) berbanding barang kemas yang semestinya akan dimasukkan kos upah.

3. Gold bar boleh dibeli secara online. Ini mungkin merujuk kepada syarikat emas rakan yang membuat grafik ini.

4. Harga jual balik gold bar lebih tinggi dan ini ada kaitan dengan no 1. Apabila spread rendah maka harga jual balik lebih tinggi.

5. Gold bar selalunya dijual dengan harga berat nombor bulat tanpa perpuluhan.

6. Gold bar masih boleh dibeli dengan harga tinggi sekalipun calar / patah berbanding barang kemas. Tapi ciri ini tidak terpakai jika kita beli gold bar Kijang Emas yang dikeluarkan BNM.

Apapun, emas barang kemas pun ada kelebihan tersendiri yang tiada pada gold bar, antaranya;

1. Barang kemas boleh dipakai oleh wanita. Pernah tengok orang perempuan pakai gold bar? Tak pernah kan? Hahaha

2. Jika suami beli barang kemas, tentu sang isteri lebih sayang berbanding sang suami beli gold bar. Cuba tanya isteri masing-masing?

3. Zakat barang kemas berbeza zakat gold bar. Nisab zakat barang kemas ialah 800 gm manakala nisab gold bar pula ialah 85 gm. Maknanya, jika memiliki gold bar melebihi 85 gm sudah wajib membayar zakat emas tapi jika barang kemas hanya wajib jika melebihi 800 gm. Hampir 10 kali beza!

“Jadi En Afyan, mana lagi untung antara beli gold bar atau beli barang kemas? Saya sudah lama survey dan buat analisa tentang perkara ini. Moga En Afyan dapat beri pencerahan”.

“Dua-dua untung. Yg penting beli emas MESTI dapat emas. Bukan dapat kertas sahaja atau dapat duit bulan-bulan.

Jika dapat kertas sahaja, itu mungkin riba. Jika dapat duit bulan-bulan, itu CONFIRM emas sontot.

Yang rugi ialah orang yang hanya kaji, survey dan buat analisa tapi langsung tidak ambil tindakan”

Dan beburung pun berterbangan…..

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sabtu baru ini, program training Online Marketing utk #TeamINFAQTakafulyg dikendalikan oleh…