fbpx

Inilah Senario Politik Kepartian Di Malaysia

Inilah senario politik kepartian di Malaysia.

Jika ada kritikan dari ahli parti sendiri, akan diberikan label dan tuduhan macam-macam.

Situasi ini berlaku dalam semua parti. Akan ada golongan yang tak boleh terima teguran dan kritikan daripada penyokong dan ahli sendiri.

Sebenarnya ia adalah penanda aras politik matang;

Apabila kita mampu memberi dan menerima kritikan jika ada kelemahan dan kekurangan parti sendiri, dan mampu memberikan pujian dan sokongan kepada kelebihan dan kebaikan yang dibuat oleh parti musuh.

Tapi yang banyak berlaku ialah; kita akan sentiasa memberi kritikan kepada keburukan dan kelemahan parti lawan, dalam masa sama hanya memberi pujian serta sokongan kepada kebaikan parti sendiri.

Lambat lagi Malaysia hendak capai negara maju jika tahap pemikiran politik begini dari kalangan penyokong parti.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com