fbpx

Jangan Ikut Majoriti Membuta Tuli

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 227Words
  • 304Views

Prinsip saya mudah, dalam hal kewangan;

Jangan mudah-mudah buat apa yang majoriti buat.

Statistik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia gagal dalam perancangan kewangan.

Boleh rujuk dalam status terdahulu, ada saya kongsikan statistik, angka dan fakta berhubung perkara ini.

Jadi jika anda hanya mengikut apa yang ramai orang buat maka anda akan menjadi seperti apa yang terjadi kepada ramai orang.

– Ketika fenomena pelaburan emas berlaku sehingga iklan nescafe pun mempromosi emas, maka itu masa terbaik untuk menjual emas bukan berebut-rebut membelinya.

– Ketika orang pakat-pakat tunggu “tahun depan” atau “dua tiga tahun lagi” utk membeli rumah, maka “tahun ini” ialah masa terbaik utk membelinya.

– Ketika ramai-ramai beli saham XXX, maka ketika itu elok kita beransur-ansur jual saham XXX.

– Ketika orang ramai-ramai membeli medical card “terbaik” dari syarikat “terbaik”, elok kita survey-survey produk medical card lain yang ada di pasaran yang semua claim “terbaik”.

– Ketika orang ramai memilih unit trust “nombor 1”, elok tinjau-tinjau dalam pasaran yang ada lebih 30 syarikat yang ke semuanya mengaku “nombor 1”.

Dalam banyak situasi, perbuatan majoriti hanya menghasilkan result yang biasa-biasa.

Jangan mudah terpengaruh dengan perkataan “peluang hanya datang sekali”, sebab percayalah akan ada peluang lain yang akan datang mungkin dlm bentuk berbeza.

Namun ada juga beberapa situasi tapi sedikit, situasi yang ramai-ramai orang buat dan ia menguntungkan.

Contoh, ketika saham Bank Rakyat dibuka. Pulangan sangat memberangsangkan tapi sudah tiada lagi peluang sekarang.

rwd-1_2577_1165_61

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tuan-Puan, ini antara koleksi soalan yang masuk ke peti mel…