Dalam program Seminar Bijak Merancang Wang 2016 (Edisi KL) yang saya kendalikan semalam, ada soalan-soalan yang saya tidak mampu jawab secara objektif.

P15

“Saya nak ambil takaful dengan syarikat mana?”

“Tuan tolong beritahu syarikat unit trust mana yang bagus”.

“Saya nak buat wasiat, syarikat mana yang Tuan rekomen”.

Soalan-soalan ini juga selalu juga ditanya dalam program-program sebelum ini.

Agak sukar saya hendak menjawab soalan-soalan ini secara objektif.

5

 

Mereka mengharap saya memberi jawapan dan menyebut syarikat mana yang saya rekomen.

Dan tampak perasaan tidak puas hati apabila saya tidak menyebut nama syarikat apabila ditanya soalan-soalan di atas.

Ya, saya ada syarikat yang saya prefer secara personal tapi saya tidak kongsikan secara spesifik kepada public.

Ia hanya dikongsi dalam sesi personal saya akan kongsikan, jika ditanya kerana ia lebih mudah supaya penerangan dapat dilakukan dengan lebih adil dan jelas.

Sebabnya, setiap syarikat ada banyak produk dan bukan semua produk sesuai untuk kita.

Jadi saya hanya kongsikan tip dan panduan yang membolehkan semua orang boleh memilih dan tidak terikat dengan syarikat yang saya pilih.

Sebagai contoh, apabila pilih takaful maka fokus kepada coverage. Rule of thumb, coverage paling tinggi dengan premium paling rendah.

Jika medical card, fokus kepada coverage tahunan yang tinggi berserta room & board yang tinggi juga. Saya rekomen sekurang-kurangnya coverage limit tahunan RM100,000 ke atas dengan bilik RM200 ke atas.

Jika pelaburan, maka perhalusi risiko terlebih dahulu sebelum cerita tentang return sebab semua pelaburan ada orang yang buat untung besar, dan tidak kurang juga yang rugi besar.

Dan saya tidak pilih syarikat, saya pilih produk.

Maaf buat rakan-rakan peserta yg bertanya.

Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?