Jangan Terkejut Caruman Meningkat

Sebulan dua ini nampak ramai pula klien-klien medical card yang terkejut dan bersungut kerana menerima surat daripada syarikat takaful yang mereka langgani yg memaklumkan bahawa caruman medical card mereka naik.

Saya hanya tersenyum pahit.

Ada antara mereka yang saya pernah approach mereka mencadangkan medical card stand alone beberapa tahun lalu tapi menerima rejection.

Saya tak ada masalah dengan rejection sebab ia adalah lumrah dalam bisnes takaful. Tiada rejection bermakna ejen itu tidak berjumpa prospek. Itulah ejen yang tak buat kerja.

Namun apa yang mengecewakan saya ialah, prospek saya tersebut reject medical card stand alone kerana katanya bayaran sumbangan untuk medical card stand alone akan meningkat apabila umur meningkat.

Katanya, lebih baik sign up polisi medical card rider yang attach dengan produk investment link. Dia memaklumkan dia sudah berurusan dengan ejen lain dan ejen itu menerangkan perkara tersebut.

Saya tak terkejut jika dia reject, cuma saya terkejut apabila ejen misleading prospek saya. Saya menerangkan apa yang tepat, namun dia lebih percayakan ejennya.

Tidak mengapalah, masa yang akan menentukan dan terbukti hari ini.

Ini status saya tahun 2014.

Waktu ini memang ramai ejen-ejen takaful yang mempromosi medical card rider dengan mengatakan bahawa caruman tidak meningkat sebagaimana medical card stand alone.

Walhal hakikatnya tidak begitu.

Ketika itu produk medical card takaful masih lagi baru dan tidak ramai yang mengalaminya.

Namun hari ini, sudah ramai pelanggan mengalami sendiri kenaikan caruman, berbeza dengan apa yang diceritakan oleh ejen apabila sign up beberapa tahun dahulu.
.
Sebenarnya bukan klien sahaja yang terkejut apabila menerima pemakluman bahawa caruman meningkat. Tapi ejen-ejen pun turut terkejut! Mana tidaknya, mereka diajar begitu ketika mula-mula jadi ejen.
.
Tidak masuk lagi ejen yang cerita medical card sekali dengan simpanan, sekali dengan pelaburan. Ada ejen siap dakwa bawa duit tak hangus macam medical card stand alone.

Ia menyebabkan klien beranggapan duit yang dibayar akan dapat kembali jika tidak berlaku sebarang claim.

Walhal dalam polisi sudah jelas mengatakan bawaha kadar sumbangan tidak dijamin.

Apabila ditanya kepada ejen, selalunya mereka jawab leader mereka yang ajar benda ni. Itulah yang berlaku dari generasi ke generasi. Ejen belajar dari leader. Kemudian ejen tadi jadi leader dan rekrut ejen baru, ajar benda sama.

Akhirnya, apabila berlaku hal begini klien akan bising “takaful penipu!”.

Tak hairanlah kalau BNM menegur industri bahawa produk tidak menarik dan model bisnes gagal.

Jika Tuan-Puan ada pengalaman, boleh kongsikan di ruangan komen.

(Tak masuk lagi leader ajar ejen supaya ajar klien buat claim palsu masuk hospital.

Tak masuk lagi ejen ajar klien supaya jangan declare penyakit waktu isi borang.

Siapa nak baca 2 kisah di atas? Kalau ada 100 share, saya akan cepat-cepat siapkan tulisan itu.)

Afyan Mat Rawi
Ejen takaful cabuk sejak 2003

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?