Ini sebahagian daripada slide saya dalam seminar Financial Freedom Grand Seminar tempoh hari.

Secara umumnya, ada kongsikan ada 2 jenis scam dan sontot yang wujud.

PERTAMA: Tersontot di jalan yang terang

Tersontot dan dimanipulasi oleh ejen-ejen produk kewangan yang sah. Produk sah, tapi ejen promosi dengan cara yang misleading sehingga ba*i pun boleh terbang.

Contoh:

– Medical card ada saving 40%
– Takaful lebih power dari TH, ASB
– Unit trust boleh bagi return 20% – 30% setiap tahun
– Unit trust tak akan rugi
– ASB financing boleh bagi return 40% – 50% setiap tahun

Jika sontot jenis ini, apabila kita dapat kesan dan buat aduan kepada BNM / Suruhanjaya Sekuriti – akan cepat diambil tindakan.

 

KEDUA: Tersontot di jalan yang gelap

Ini situasi apabila terjebak dengan skim-skim cepat kaya, contohnya;

– Program emas delay Tok Penyangak, beli emas dapat hibah bulan-bulan
– Beli kopi serangga Ar-Riba dapat hibah bulan-bulan
– Beli bitcoin dapat duit bulan-bulan
– Beli banglo Al-Fonso murah perlu tunggu 3 tahun

Jika tersontot dalam skim sebegini, maka ia tersontot di pintu shorga.

Sebenarnya ada satu lagi jenis sontot yang tak sempat saya kongsikan tempoh hari.

KETIGA: Menyontot diri sendiri.

Ini banyak berlaku dan tanpa sedar.

– Langsung tak mulakan plan simpanan sejak hari pertama gaji
– Beli kereta melebihi setahun gaji
– Buat hutang dengan ansuran melebihi 30% gaji
– Bertangguh beli rumah
– Mengharapkan anak-anak sebagai plan persaraan
– Beli perabot pun secara hutang
– Buat personal loan untuk expenses harian

Siapa nak slide ni?

UPDATE:

Siapa yang mahukan slide ini, boleh follow instruction di sini

https://www.facebook.com/afyan.ifp/posts/1887542911529321

Ikuti tip-tip kewangan di https://t.me/tipsRM

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?