Jom Kira Kos Sebenar Penggunaan Kereta Anda

Pernahkah anda buat kira-kira kos sebenar anda memiliki kereta?

Ia bukan sekadar bayaran ansuran bulanan kepada bank.

Ia merangkumi;
– Kos harian
– Kos mingguan
– Kos bulanan
– Kos suku tahunan
– Kos setengah tahunan
– Kos tahunan

Jom kita tinjau satu persatu kos-kos terlibat.

KOS HARIAN / MINGGUAN / BULANAN
– Petrol
– Parkir
– Tol
– Cuci kereta
– Bayaran ansuran

KOS SUKU / SETENGAH TAHUNAN
– Servis penyelenggaraan
– Allignment
– Balancing
– Petrol dan tol balik kampung

KOS TAHUNAN
– Roadtax
– Takaful kenderaan
– Brake
– Tukar tayar (mungkin dwi-tahunan)
– Bateri
– Petrol dan tol percutian

Nota: Ia bergantung kepada jenis kereta dan penggunaan kereta individu.

Berikut adalah cara utk membuat kiraan bagi menentukan pada tahap mana kos anda memiliki kereta.

LANGKAH 1
Sekarang, Tuan-Puan boleh buat kiraan sendiri kos-kos di atas. Kemudian, buat dalam bentuk kos bulanan sebagaimana berikut;

Kos bulanan / 1
Kos suku tahunan / 3
Kos setengah tahunan / 6
Kos tahunan / 12
Kos dwi tahunan / 24 (jika ada)

Contoh, jika kos tahunan anda ialah RM4800 maka perlu bahagi 12 dan dapat RM400 sebulan

LANGKAH 2
Anda akan dapat satu jumlah yg bersamaan dengan perbelanjaan bulanan kereta Tuan-Puan.

Masukkan semua jenis pendapatan termasuk claim, bonus, part time dan sebagainya. Jika ada pendapatan bermusim atau tahunan (contoh: bonus), totalkan semua pendapatan setahun dan bahagi 12.

Jumlah tersebut, anda bahagikan dengan pendapatan bulanan anda, dan berikan peratusan.

Contoh;
Jumlah perbelanjaan kereta RM1,500 sebulan
Gaji bulanan RM3,500

Maka RM1,500 / RM3,500 X % = 42.85%

Makannya kos untuk “memelihara dan menternak” kereta anda ialah 42.85% daripada pendapatan anda!

Baik, sekarang kira dan cari peratusan sebenar kos perbelanjaan untuk kereta anda.

Berikut adalah tahap-tahap kos tersebut;

TAHAP 1
Bawah 30% – adalah tahap yang sihat.

Bermakna kos anda memiliki kereta adalah munasabah. Anda mampu menyusun bajet kewangan anda dengan betul dan menyimpan dengan baik seterusnya melabur di jalan yang betul.

TAHAP 2
Di antara 30% ke 50% – ialah tahap berhati-hati.

Bermakna kos anda memiliki kereta di tahap yang separa kritikal. Anda sukar untuk ada lebihan wang perbelanjaan bulanan anda untuk tujuan menyimpan dan melabur.

TAHAP 3
Melebihi 50% – ini adalah tahap yang kritikal!

Separuh gaji anda hanya untuk membela kereta? Anda rasa anda boleh hidup tenteram? Selalunya dalam situasi begini, anda tak mampu langsung untuk menyimpan dengan baik apatah lagi untuk melabur.

Anda di tahap mana? Jika tahap 3, baca ini pula;

Jika anda di tahap 3, jika anda bekerja 8 jam sehari bermakna 4 jam sehari hanya untuk kereta?

Jika ada bekerja 24 hari setiap bulan bermakna separuh bulan gaji hanya untuk kereta?

Jika anda bekerja 12 bulan setahun, bermakna gaji 6 bulan anda bekerja untuk membiayai, membela dan menternak sebuah jentera yang fungsi utamanya untuk membawa anda dari rumah ke tempat kerja?

Dan sehari-hari bekerja, kereta hanya bergerak lebih kurang 2 ke 3 jam sehari dan selebihnya di tempat parkir rumah dan pejabat.

Berbaloi kan?

Apa lagi kalau bukan #nerakawang?

Kongsikan kiraan anda di ruangan komen.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Follow Telegram https://t.me/tipsRM

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?