Filem Seniman Bujang Lapok, 1961

Babak: Pergaduhan jiran Si Bujang Lapok

“Ini semua mak bapak kau yang punya salah. Waktu aku mahu kahwin sama kau, mak bapak kau minta sampai 5 ribu. Aku tidak ada wang. Aku pinjam sama benggali.

Sekarang kita sudah ada 3 orang anak, tapi hutang benggali pun belum habis-habis bayar. Kau tau, bunga makin naik? Mak bapak kau yang salah”, kata sang suami.

“Kalau mak bapak aku minta 5 ribu, kenapa mak bapak kau terima”, tanya sang isteri pula.

“Sebab kau berjanji hendak sehidup semati dengan aku. Sebab itu aku terima. Kalau aku tahu engkau hendak minta cerai begini, aku tak ingin kahwin sama kau!”, bentak sang suami.

ULASAN: Kritikal sosial P. Ramlee pada tahun 60-an, masih releven sehingga nak masuk tahun 2020.

#nerakawang

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?