fbpx

Kalau Makan Cili Rasalah Pedasnya

Ini antara testimoni program SeminarBMW tahun lepas.

Hanya jauhari mengenal manikam.

Apabial saya mengkritik, yg saya kritik ialah sikap dan approach negetif sebahagian besar ejen-ejen dlm industri kewangan.

Bukan produk, bukan syarikat.

Ejen-ejen yg baik, tak perlu rasa defensif dgn kritikan yg saya lontarkan. Hanya yg makan cili akan terasa pedasnya.

Testimoni : Amalina Aziz

RUMUSAN SEMINAR BIJAK MERANCANG WANG #seminarbmw

Semalam aku hadir satu Seminar Bijak Merancang Wang yang disampaikan oleh Tuan Afyan Mat Rawi, IFP. Dalam mana2 seminar kewangan, standard lah speaker akan share mcm mana nak uruskan income. Berapa peratus kena bahagi utk perbelanjaan, simpanan, pelaburan, etc..

Tapi yang lainnye dalam seminar ni, yg aku baru belajar, antaranya adalah:

1) Mcm mana nak uruskan duit masa hidup, sampailah kemana duit kita bila kita mati. Mcm mana nak buat persediaan supaya harta kita diuruskan dgn baik nanti.

2) Yang paling aku suka dalam seminar ni, Tuan Afyan tak pernah condemn mana2 produk takaful atau unit trust atau mana2 bentuk pelaburan. Beliau cuma terangkan kos dan risiko setiap satu pelaburan, dan mcm mana nak pilih mana yang terbaik. Mcm mana nak pilih takaful yg betul. Yang penting beliau ajar mcm mana nak baca polisi takaful. Ramai agent takaful tak terangkan pun polisi takaful yg kita amik. Sebab takut nanti, musibah datang, kita punya takaful tu tak cover pun rupanya.

3) Jangan mudah terpedaya dengan scammer. Ramai sebenarnye rakyat malaysia yg dah tertipu dengan scammer. Sebarang bentuk pelaburan yg too good to be true ni, memang patut dijauhkan.

Seminar ni pada asalnya adalah seminar berbayar. Cuma beberapa hari sebelum hari seminar beliau buka secara percuma sbg tanda kesyukuran beliau baru menang kes mahkamah berlawan dgn Alfafa (scammer). Tapi aku dtg sbg peserta yg bayar, sbb aku dah daftar awal masa seminar ni diklankan.

Tapi.. Sangat worth it! Aku tak kisah pun keluar duit utk amik personal coaching, beli buku, atau pergi seminar. Sebab pertama, aku meraikan kepakaran sesorang dlm sesuatu bidang. Kedua, pelaburan yang paling mahal dan berbaloi adalah melabur dalam ilmu. 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com