fbpx

Kempen Turun Harga Kereta – Pro dan Kontra

 

 

Antara manifesto Pakatan Rakyat adalah menurunkan harga kereta iaitu dengan cara menurunkan cukai kerata.

Apabila harga kereta diturunkan, sudah tentu ramai yang akan membeli keret a. Malah saya sendiri sudah berkira-kira untuk menukar kereta baru kelak apabila PR memenangi Putrajaya kelak.

Saya cuba melihat daripada satu sisi lain iaitu apabila harga kereta menjadi semakin mudar, maka semakin ramai orang yang akan memiliki kereta. Apabila semakin ramai orang yang memiliki kereta, sudah tentu kereta semakin banyak di jalan-jalan raya.

Apa terjadi apabila kereta semakin banyak di jalan raya?

Tidak lain-tidak bukan – jalan raya akan semakin sesak!!

Ya, semakin sesak!

Jika di Kuala Lumpur, jarak 10 km di waktu puncak (waktu pergi dan balik kerja), memakan masa kira-kira satu jam perjalanan daam keadaan harga kereta yang “mahal”, cuba bayangkan apa terjadi apabila harga kereta di turunkan kelak.

Jika semakin banyak kenderaan di Kuala Lumpur, dalam keadaan sistem jalanraya yang masih lemah, sudah tentu ia bakal mengundang situasi yang lebih teruk.

Saya pernah pergi ke Istanbul, Turki dan Ho Chi Minh, Vientnam dan di sana kesesakan lalulintasnya lebih teruk daripada Kuala Lumpur sekarang. Bayangkan jarakn dari Lapangan Terbang At-tarturk ke hotel yang jaraknya tidak sampai 10 km memakan masa dua jam di waktu puncak!!

Jika harga kereta diturunkan dalam masa sama sistem trafik Malaysia terutama di Kuala Lumpur masih sama, tidak mustahil, kesesakan di Kuala Lumpur bakal mencatatkan sejarah baru kelak.

Oh ya, saya bukan macai yang sukakan harga kereta tinggi dan mengatakan negara akan bankrap apabila harga kereta diturunkan kelak. Malah saya sokong idea penurunan harga kereta untuk kesejahteraan rakyat.

Cuma, saya sukakan idea penurunan harga kereta ini datang bersama-sama idea menaiktaraf sistem trafik jalan raya di Malaysia.

Sebarang pecambahan idea dialu-alukan.

Sebarang perbezaan pendapat diraikan.

Ini kalilah!

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com