fbpx

Kemunculan Produk ASB Financing Patuh Syariah

Tahukah anda, Bank Muamalat sudah ada produk pembiayaan ASB / ASB Financing?

Isu ASB pernah menjadi kontroversi pada tahun 2009 berhubung isi halal haramnya apabila tersebar surat daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) kepada pihak Bank Muamalat yang menyatakan ia tidak menepati piawai patuh syariah SC.

Ketika itu saya difahamkan Bank Muamalat dalam pertimbangan untuk mengeluarkan produk ASB Financing mereka. Jadi pandangan oleh SC diambil kira ketika itu.

Perkembangan terbaru ini mungkin berdasarkan keharusan ASB oleh SEMUA majlis fatwa negeri.

Apabila sesuatu produk perbankan Islam dilancarkan, ia mengambil kira pandangan ahli-ahli muamalat yang berada dalam institusi terbabit.

Proses kelulusan produk bermula daripada jabatan syariah bank terbabit. Kemudian diikuti semakan oleh penasihat syariah mereka pula. Dan akhir sekali penilaian akhir oleh penasihat syariah Bank Negara Malaysia, yg mempunyai kedudukan dan keilmuan yang sama dengan penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Daripada peringkat jabatan syariah bank ke penasihat syariah bank hingga ke penasihat syariah BNM, bukan calang-calang individu dan mereka bukan seorang dua tapi ramai.

Saya difahamkan, selain Bank Muamalat, ada beberapa perbankan Islam yang akan ada produk ASB Financing yg patuh syariah.

Ia satu perkembangan positif kepada pengguna yang selama ini pilihan sedia ada oleh CIMB Islamic, RHB Islamic, AmIslamic Bank dan Maybank Islamic.

Jika ada maklumat tambahan daripada rakan-rakan dalam industri perbankan Islam atau kesilapan fakta dalam tulisan ini, mohon maklumkan. Saya akan tambah atau perbaiki.

Oh ya, utk produk ASB Financing oleh Bank Muamalat, setakat ini ia hanya ditawarkan kepada anggota polis dan tentera sahaja.

Afyan Mat Rawi. Boleh follow utk dapatkan lagi info-info dan tips kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi.

Kemunculan Produk ASB Financing Patuh Syariah

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com