Kenapa Kiraan Pulangan Purata Tidak Tepat?

KENAPA KIRAAN PULANGAN PURATA TIDAK TEPAT?

Ikuti tulisan daripada Tuan Razali Razman seorang penulis buku-buku pelaburan saham dan unit trust.

Jika kita rujuk kepada laporan badan-badan research pelaburan dan kewangan seperti Bloomberg, Lipper Leader, Novagni, Morningstar – mereka gunakan;

1. Annualie Return / Cumulative Return
2. Total Return
3. Calender Year Return

Mereka TIDAK GUNAKAN SIMPLE ROI, kerana ia bukan menggambarkan pulangan sebenar.

Bacaan lanjut pada tulisan di bawah ini.

http://www.laburniaga.com/2016/02/mengapa-kiraan-pulangan-purata-tidak.html

Mengapa Kiraan Pulangan Purata Tidak Tepat?

Apabila kita mengira pulangan pelaburan, kita tidak boleh ambil sahaja peratus pulangan yang kita terima sejak kita mula melabur sehingga sekarang dan membahagikannya dengan bilangan tahun pelaburan untuk mendapatkan pulangan purata.

Kaedah ini tidak menggambarkan pulangan sebenar yang diperolehi dalam bentuk peratus. Saya tunjukkan mengapa pengiraan ini tidak tepat menerusi satu jadual yang ringkas.

Andaikan anda melabur RM50,000 pada 1 Januari 2011. Kemudian pada 31 Disember 2015, nilai pelaburan anda ialah RM75,000. Pulangan yang anda terima ialah RM25,000. Pulangan dalam bentuk peratus ialah RMRM25,000/RM50,000 = 50%.

Jadi berapakah pulangan tahunan yang diterima?  Adakah jawapannya 50%/5 = 10% setahun? Jawapan ini tidak tepat kerana kesan kompaun dan ia bukan kaedah pengiraan dalam jadual unit amanah seperti Lipper dan Morningstar.

Andaikan kita ambil pulangan 10% setahun:

Tahun Nilai Pokok Pulangan Pokok + Pulangan
2011 50000.0 5000.0 55000.0
2012 55000.0 5500.0 60500.0
2013 60500.0 6050.0 66550.0
2014 66550.0 6655.0 73205.0
2015 73205.0 7320.5 80,525.5

 
Didapati jumlah akhir ialah RM80,525.5 sedangkan nilai pelaburan anda ialah RM75,000.

Jadi bagaimana untuk mengira pulangan terkompaun?  Ada dua cara, iaitu menggunakan mesin pengira kewangan atau dengan menggunakan laman web khusus untuk mengira pulangan terkompaun:

1. Menggunakan Mesin Pengira Kewangan
-50,000 PV;  5 N;  FV 75,000; Tekan I/YR
Jawapannya ialah 8.4472%.

PV – Nilai Kini, FV – Nilai Masa Depan; N = Tempoh Masa dan I/YR ialah Pulangan Tahunan

2. Cari return rate/CAGR calculator di Internet. Salah satu daripada laman yang menyediakan kemudahan ini ialah Money Chimp. Kita masukkan parameter yang berkenaan:

Untuk membuktikan kesahihannya, berasaskan pulangan 8.4472%, kita bina jadual berikut:

Tahun Nilai Pokok Pulangan Pokok + Pulangan
2011 50,000.0 4223.6 54223.6
2012 54223.6 4580.4 58804.0
2013 58804.0 4967.3 63771.3
2014 63771.3 5386.9 69158.2
2015 69158.2 5841.9 75,000.1

Maka jelaslah pulangan yang kita terima ialah 8.45% sahaja, bukannya 10% jika kita menggunakan kaedah purata. Ini disebabkan oleh kesan kompaun.

Dengan penjelasan ini, diharapkan para pelabur dapat menggunakan kaedah yang betul untuk mengira pulangan saham atau unit amanah masing-masing.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?