Kenapa Skim Cepat Kaya Selalu Guna Tag Line Membantu Melayu, Membangun Ekonomi Ummah

Perasan tak, skim-skim cepat kaya selalu menggunakan tagline-tagline seperti;

“Membantu Ekonomi Ummah”

“Mencontohi Gaya Abdul Rahman Auf”

“Mengembalikan Kegemilangan Ekonomi Islam”

Sejak dari zaman Pak Man Telo hingga ke zaman Infinity Donwline seterusnya turut digunakan oleh skim pelaburan emas, forex dll.

Tapi hakikatnya, apa yang mereka lakukan ialah;

+ Menayangkan gambar cek-cek yang mereka perolehi,

+ Meng”printscreen” akaun bank,

+ Mengambil gambar dengan kereta mewah,

+ Menjukkan cara kerja yang sungguh mudah tanpa perlu bekerja keras.

Jadi, di manakah elemen yg membantu ekonomi ummah?

Sunnah Abdul Rahman Auf-kah, duduk diam dapat duit?

Mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam-kah dengan menayangkan cek-cek besar?

Sebenarnya, mereka menggunakan tagline-tagline di atas tidak lain tidak bukan sebagai bahan utk defend apabila kelak skim mereka dibongkar, maka akan keluar ayat;

“Inilah Melayu yang dengki tengok orang Melayu lain maju”

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?