Kenyataan Yang Sungguh Bertanggungjawab

1

Ejen takaful sebegini (yang katanya IFP Wealth Manager) perlu disekolahkan supaya study balik buku Takaful Basic Exam.

“Kompeni insurans / takaful ni modal besar. Kalau tak cukup duit kena gabung …”

Dia ingat buat kompeni takaful macam berniaga nasi lemak anak dara?

Semua syarikat takaful wajib ada modal billion-billion sebelum buka syarikat.

Isu claim langsung tak ada kena mengena dengan kompeni besar atau kecil.

Sebelum sesuatu produk dipasarkan, ia perlu melalui proses dengan SOP yang ketat oleh Bank Negara untuk memastikan ia dapat menampung claim yang bakal wujud.

Cuba tengok, kompeni mana yang banyak viral kes claim?

Tak ada kaitan antara saiz kompeni dengan claim.

“Kalau tak cukup duit kena gabung atau telan jadi macam MAA la”

MAA kena telan sebab tak cukup duit?

Aduhai, lawak apakah ini?

Ini ialah persefahaman korporat apabila Zurich beli saham MAA. Dan pembelian tersebut bukan seringgit dua.

Kalau syarikat MAA tak buat untung, Zurich nak beli ke?

Jual beli saham ini bergantung supply dan demand. Nasi lemak anak dara pun ada suply and demand.

“IKHLAS pun kena inject capital. Nasib baik parent kompeni dia MNRB backup baik punya”

Aik? Apa masalah Bro?

Semua kompeni takaful ada parent kompeni. Jadi apa masalah kalau parent kompeni inject modal?

Mula-mula kutuk MAA. Kemudian kutuk Takaful IKHLAS pula.

Ejen sebegini elok dijauhkan.

Siapa kenal mamat ini, boleh tag dan minta dia berikan bukti tuduhan-tuduhan di atas.

P/S: Perasan tak, ejen kompeni mana yang suka kutuk kompeni orang lain? Memang kat sana diajar macam tu ya?

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?