fbpx

Kerajaan Teknokrat Pentingkan Kepakaran

Apabila saya studi gagasan Kerajaan Teknokrat yang dibawakan oleh PAS, ia sangat mengujakan.

WOW!

Sama teruja apabila membaca berita tentang kabinet Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang membariskan menteri-menteri yang berlatarbelakangkan profesional ke posisi penting negara.

Menteri Kesihatannya adalah doktor, Menteri Pengangkutannya adalah angkasawan, Menteri Pertahanannya adalah veteran askar Sikh, Menteri Belianya masih lagi di bawah umur 45 tahun, Menteri Pertanian dan Pemakanannya adalah bekas petani, Menteri Keselamatan Awam dan Persediaan Kecemasan adalah seorang pengakap, Menteri Inovasi Sains dan Pembangunan Ekonomi adalah seorang penganalisis kewangan dan lain-lain.

Bayangkan ia terjadi di Malaysia?

Idea Kerajaan Teknokrat adalah untuk membentuk sebuah kerajaan yang ditadbir oleh kumpulan profesional dan pakar dalam masalah yang sedang dihadapi negara. Pemilihan individu yang bakal menerajui badan eksekutif negara tidak terikat dengan parti politik yang disertai oleh mereka, tetapi lebih kepada kelayakan dan meritokrasi yang mereka miliki.

Kelompok pakar ini akan di posisi pada bahagian kumpulan utama jentera pelaksana dasar dan polisi kerajaan di samping bertanggungjawab mengendalikan urusan berdasarkan kepakaran yang mereka miliki.

Sebagai contoh, walaupun PAS memiliki jumlah kerusi tertinggi yang melayakkannya memilih mana-mana anggota parti sebagai PM dan menteri kabinet, tetapi PAS boleh menerima mana-mana pihak dari parti berlainan malahan mereka yang tidak berparti dan tidak menjadi mana-mana wakil rakyat. Untuk menyelesaikan masalah ekonomi, PAS terbuka untuk memilih mana-mana pakar ekonomi, kewangan atau tokoh korporat sama ada mereka berada di bidang akademik atau di lapangan profesional. PAS akan melihat mana-mana sudut yang dibenarkan oleh perlembagaan dalam melaksanakan perkara ini.

PAS membawa gagasan Negara Teknokrat ini sejak tahun 2015, bukan baru sehari dua. Kertas kerja, pembentangan, perbahasan dan pelbagai perbincangan sudah dibuat untuk membawa idea ini untuk direalisasikan.

Gagasan Negara Teknokrat ini didokumentasikan ke dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Dan menjelang PRU 14, ia turut diterjemahkan dalam bentuk Menifesto Malaysia Sejahtera. Itulah agenda Negara Teknokrat Malaysia.

Untuk jangka masa panjang, konsep Kerajaan Teknokrat mampu mengendurkan ketegangan parti-parti politik di Malaysia yang menyebabkan wujudnya suatu persaingan yang bukan di atas kepentingan rakyat tetapi lebih menjaga “periuk nasi” politik masing-masing.

Apabila politiking berjaya dikurangkan, banyak faedah yang diterima oleh negara. Rakyat dan pemimpin boleh fokus kepada agenda membangunkan negara.

Berbanding situasi hari ini, dek parti-parti politik bergaduh untuk jaga periuk nasi, rakayat pun terheret berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun – setiap hari.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com