fbpx

Ketengahkan Manifesto, Lupakan Isu Picisan

Buat rakan-rakan Parti Islam Se-Wakanda (PAS),

Cukup-cukulah bermain dengan isu-isu picisan seperti isu RM1.5 juta, isu bergabung dengan Umno, makan dedak Umno, dan lain-lain.

Jika ada musuh yang memprovokasi dan mainkan isu tersebut, ketahuilah bahawa, sekalipun seribu fakta kita berikan takkan mengubah pendirian, kepercayaan dan akidah mereka bahawa PAS sudah makan dedak Umno, akan bergabung dengan Umno dan terima duit Umno Rm1.5 juta.

Biar sahajalah mereka mainkan isu itu. Sudah 10 tahun isu itu dimainkan dan setiap bulan aka nada isu baru. Sampai PRU 15, 16, 17 pun belum tentu habis dibicarakan.

Sebagaimana mereka bermatian-matian tidak percaya bahawa DAP akan kuasai Malaysia, kuasa Melayu akan terhakis, Agama Islam akan tergugat, begitulah isu yang kita diserang ini.

Cukup-cukuplah.

Biarlah publik menilai.

Juga, cukup-cukuplah hentam balas kritikan-kritikan yang diberikan oleh beberapa tokoh seperti Dr Maza, Dr Rora, Ustaz Hasrizal, Prof Agus dan sebagainya.

Hormatilah pendirian politk mereka tidak menyokong perjuangan PAS. Sekalipun tulisan mereka agak pedas, tidak perlu untuk hentam balas. Hormati mereka, sebagaimana kita mahu hak kita dihormati.

Menghentam mereka tidak menjadikan mereka dan penyokong mereka beralih arah menyertai kita. Tak kena gaya, publik makin meluat dan pengundi atas pagar lari meninggalkan kita.

Biarlah mereka dengan analisa mereka.

Jika ada teguran, terima dengan hati terbuka dan tunjukkan budaya matang dan sejahtera.

Jika ada analisa yang tidak berpihak kepada PAS, jadikan ia sebagai motivasi untuk kita bekerja lebih keras, bukan utk kita balas balik.

Jadikan ia sebagai muhasabah untuk sama-sama perbaiki dan tingkatkan prestasi.

“Habis tu apa nak buat?”

Aduh, boleh la pula tanya soalan tu…

Ok, begini saya nak cerita.

Semalam saya kongsikan tentang manifesto tawaran PAS kepada anak muda berkenaan skim pinjaman tanpa faedah untuk membeli kereta pertama.

Rupa-rupanya ramai anak muda yang berminat untuk ambil tahu isu ini.

Dalam masa sama juga ramai yang kritik idea ini!

Itu sudah bagus!

Bola berada kaki kita dan perkara-perkara sebeginilah yang patut kita bawa ke tengah-tengah masyarakat!

Berbanding isu dedak Umno, RM1.5 juta, gabung dengan Umno dan sebagainya – isu pinjaman tanpa faedah kereta pertama ini, kita sedang lead! Bola berada di kaki kita untuk kita bawa ke mana hendak kita tuju.

Jadi, inilah yang perlu kita lakukan. Arusperdanakan manifesto PAS sehingga sampai ke rakyat jelata selllluuuruuuhnya.

Gunakan isu ini untuk bawa massa mengikuti manifesto PAS secara keseluruhannya.

Tawaran pinjaman tanpa faedah untuk kereta pertama ini hanyalah SATU SAHAJA daripada lebih 100 tawaran PAS yang lain.

Itu baru satu tawaran daripada lebih 100 tawaran yang PAS kemukakan? Cuba bayangkan kita berjaya arus-perdanakan selllllluuuuuurrrruuuuuuh Manifesto Wakanda Sejahtera?

Ada baaaaaaaaanyak lagi manifesto yang ada, dari segenap segi dan sudut aspek kenegaraan dan kebajikan rakyat. Dah baca? Kalau belum, boleh download di https://tinyurl.com/WakandaSejahtera

Bayangkan pula semua calon-calon PAS membawa perkara ini dalam kempen-kempen ke tengah-tengah masyarakat. Kemudian disambut oleh semua ahli dan penyokong PAS di selllluuuuurrrruuuuuh Wakanda?

Dengan manifesto sahaja pun kita boleh jadi leader dan champion, insyaALLAh kita berpeluang menjadi King Maker.

Wakanda Forever!

Takbir!

Tuan Garu Hj Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com