Kisah Fitri dan Adha.

Alangkah malang nasibmu, Adha jika hendak dibandingkan dengan saudara kandungmu, Fitri.

Fitri disambut dengan penuh meriah kehadirannya, berbanding Adha yang disambut hambar.

Tatkala Fitri tiba, segala macam sambutan diadakan, tapi apabila Adha tiba sambutan bagai acuh tak acuh.

Sebulan sebelum Fitri datang, persiapan sudah diadakan tapi kehadiran Adha hanya dirasai pada hari kedatangannya.

Sebulan Fitri hadir bagai hendak disambung ke dua bulan, tapi Adha datang dan pergi bagai angin lalu.

Kasihan Adha, untungya Fitri….

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?