Saya himpunkan beberapa tulisan dan pandangan saya tentang ASB yg dikemasikinikan dalam blog personal saya www.afyan.com sejak bertahun-tahun.

Sempena musim orang update buku ASB. Hoho!

Tulisan kontraversi tahun 2009, apabila blog ini antara yg terawal mengeluarkan surat daripada Suruhanjaya Sekuriti yg memberi pandangan bahawa pelaburan di ASB tidak mengikut garis panduan pematuhan syariah Suruhanjaya Sekuriti. Ia menjadi begitu kontraversi kerana sebelum itu, Majlsi Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa hukum harus ASB.

Gara-gara posting ini saya dihubungi oleh seorang pegawai bank yg dikatakan menyebarkan surat internal ini kpd publik dan meminta saya keluarkan dari blog. Dan saya degil. Hahaha!

ASB Tidak Halal? ASB dan ASN Tidak Halal? Suruhanjaya Sekuriti VS Majlis Fatwa
http://afyan.com/asb-tidak-halal.html

Soalan bab hukum ASB adalah soalan yg paling kerap ditanyakan, dan polemik berkaitannya sudah berpanjangan sejak awal ASB diwujudkan, hingga ke hari ini. Berkenaan isu tersebut, ini pandangan personal saya;

Hormati Institusi Fatwa Dan Ulama
http://afyan.com/hormati-institusi-fatwa-dan-ulama.html

Selain bab hukum, soalan paling kerap ditanya dlm sesi ceramah, training, seminar tentang perancangan kewangan ialah tentang isu ASB Financing atau ASB Loan.

Dan ini pandangan saya;

ASB Loan / ASB Financing – Pandangan Saya
http://afyan.com/asb-loan-asb-financing-pandangan-saya.html

Soalan Tentang ASB Loan : Jadilah Pengguna Bijak
http://afyan.com/soalan-tentang-asb-loan-jadilah-pengguna-b…

Ada satu ketika, keluar satu artikel yg bertajuk “Pelaburan ASB Adalah Langkah Bodoh Sebab Harta Dibekukan”.

Apabila membacanya, saya nampak pelik sebab ia membandingkan takaful dengan ASB, yg katanya takaful lebih bagus sebab lebih mudah diagihkan selepas meninggal duni berbanding ASB. Seleps diselidiki, rupa-rupanya ia ditulis oleh ejen takaful XYZ. Nak promote takaful lettew, tapi dgn cara burukkan produk ASB.

Sebenarnya membandingkan ASB dengan takaful adalah langkah bodoh ejen tersebut.

Benarkah Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati?
http://afyan.com/benarkah-pelaburan-asb-langkah-bodoh-keran…

Antara ASB Dengan Takaful?
http://afyan.com/antara-asb-dengan-takaful.html

Ini yg paling latest, isu misleading dlm memasarkan ASB Financing dan ASB Loan. Sangat-sangat-sangat-sangat misleading apabila mempromosi 50% annulize return, siapa ada bukti video. Walaupun presenter sudah memohon maaf, tapi masih ada ejen ASBF yg mempertahankan cara marketing begitu.

Video Penerangan ASB Finance Berikan Annualized Return 50%
http://afyan.com/video-penerangan-asb-finance-berikan-annua…

50% Annualized Return Dengan ASB Loan / ASB Financing?
http://afyan.com/50-annualized-return-dengan-asb-loan-asb-f…

Ini tulisan sambil-sambil, apabila banyak soalan tentang perbandingan ASB vs ASBF vs Unit Trust

ASB vs Unit Trust
http://afyan.com/asbf-vs-ut.html

Alternatif ASBF
http://afyan.com/alternatif-asb-financing-loan.html

Alternatif ASBF (2)
http://afyan.com/alternatif-asb-financing-asb-loan-2.html

Isu ini antara perkara yg selalu ditanya dalam Seminar Bijak Merancang Wang, terdekat dianjurkan di Labuan (14 Januari) & KL (18 Februari).

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?