Bagi mereka yang selalu ke KLIA, atau sekali-sekala ke KLIA, posting ini mungkin berguna.

Antara sebab saya suka gunakan Grab berbanding Uber ialah tambang yang sangat-sangat-sangat murah dan jimat dari KL ke KLIA.

Saya gunakan Grab atau lebih spesifik, GrabHitch.

Pemandu boleh ambil di depan pintu rumah, dan hantar sampai balai pelepasan.

Tanbang hanya RM49!

Murah dan masa yang pantas. RM49 all in termasuk tol.

Berbanding cara lain;
1. Pandu sendiri akan ada kos petrol boleh cecah RM20++, kos tol boleh cecah RM10++ dan kos parking pula boleh cecah RM20++.

2. KLIA express – RM55. Mahal 6 ringgit berbanding Grab. Kemudian, perlu ada pengangkutan lain pula untuk ke KL Sentral.

3. Bas Airport Coach. RM10 sahaja. Paling murah, tapi masa menunggu pula. Ditambah dengan kos lain pula untuk ke KL Sentral.

4. GrabCar. Sub-App Grab tapi lain sikit. GrabCar adalah seperti Uber. Jika GrabCar ke KLIA tambangnya RM65 tidak termasuk tol.

Nak cuba?

1. Boleh download Aplikasi Grab https://invite.grab.co/8872DD

2. Kemudian anda boleh tebus RM10 untuk penggunaan kali pertama.

3. Untuk tambah super murah ini, pilih lokasi ke KLIA dan buat pilihan “GrabHitch”.

4. Pastikan GrabHitch. Jika GrabCar ia akan jadi RM65 untuk tambang sahaja dan ada kos tol yang perlu ditanggung. Jika GrabCar ialah seperti tambang teksi biasa.

5. Perlu buat tempahan awal, selewat-lewatnya 30 minit sebelum bertolak.

Saya tidak dibayar oleh Grab utk posting ini. Hoho!

Simpan status ini kegunaan ke KLIA nanti 😉

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?