fbpx

Lawan Tetap Lawan (2)

  • 8 years ago
  • 3Minutes
  • 496Words
  • 319Views

Assalamualaikum buat rakan-rakan FB sekalian,

Terima kasih atas respon sokongan Tuan-Puan sekalian terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Norsham dan Alfafa melalui Rahmah & Co.

1 2 3 4 5 6 7

Ia memberi suntikan semangat kepada saya untuk menghadapi mereka di mahkamah esok.

InsyaAllah Khamis 28 Julai 2016 saya akan hadiri sendiri sesi sebutan kes ini pada jam 9:00 pagi di Tingkat 3 Mahkamah Tinggi Shah Alam, bersama peguam.

Walaupun boleh sahaja saya saya wakilkan kepada peguam untuk sebutan kes esok, tapi elok juga saya datang untuk berhadapan sendiri dengan Norsham, itupun jika dia ada. Boleh selfie-welfie apa yang patut 🙂

Jika ada mangsa-mangsa Alfafa yang berkepingin jumpa dengan Norsham dan peguamnya Rahmah, boleh datang sekali untuk tanyakan soalan berkenaan rumah-rumah yang dijanjikan siap sepatutnya pada Mei lepas.

Buat rakan-rakan yang ingin hadir esok pagi, boleh datang pada waktu dan lokasi yang dimaklumkan.

Juga jika ada media untuk membuat liputan, boleh hadir bersama. Saya tiada plan untuk adakan sidang media, tapi jika ada yang ingin menemuramah saya alu-alukan.

Rakan-rakan sekalian,

Ada juga cadangan untuk membuat kutipan sumbangan bagi menampung tabung guaman bagi kes ini sebagai tanda sokongan. InsyaAllah saya akan bincangkan dengan peguam esok hari.

Melalui verbal saya dimaklumkan, jika ia dibawa ke sesi perbicaraan akan memakan tempoh yang panjang dan kos yang tidak kurang dari 5 angka sebagai yuran profesional pasukan peguam.

Tindakan sebegini, sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah untuk menggertak saya supaya tidak lagi untuk bongkarkan kebobrokan Alfafa yang saya buat sejak 3 tahun lalu.

InsyaALLAH, ia tidak sekali-kali menggentarkan saya apatah lagi untuk saya berpatah balik membongkar kes-kes penipuan skim-skim too good to be true Alfafa dan skim-skim lain.

Saya tidak menyangka pun, hobi saya membongkar skim-skim too good to be true ini membawa kepada kes mahkamah.

Sepanjang pengalaman saya sebagai perunding dalam bidang servis kewangan membanteras dan membongkar skim-skim mengarut sebegini, saya kira ini antara skim yang pling lama saya lawan dan bertahan.

Berbanding skim-skim sebelum ini sedari zaman skim BuluhMas, Infinity Downline, Geneva, Tok Belagak, YSLM, Wadiah Trading, Highway Group, ARBA, MeccaFund – hampir kesemunya sudah terkubur dan kalau ada pun sudah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Tapi skim Alfafa ini mampu bertahan kerana perjanjian mereka mengambil masa 3 tahun untuk siapkan rumah yang ditempah. Dalam tempoh 3 tahun, berapa ramai yang terpedaya dan berapa banyak jumlah yang dikumpul.

Buat para mangsa dan pembeli Alfafa, sekarang adalah masa terbaik untuk bertindak. Laporan rasmi perlu dibuat supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan. Jika ia dibuat secara berkumpulan, ia lebih mudah diselesaikan dan menjimatkan kos guaman. Selagi tiada laporan, tiada sebarang tindakan yang boleh diambil.

Kepada Norsham, Geng Alfafa dan peguam Rahmah, bersedia untuk ditelanjangkan di mahkamah.

Rakan-rakan sekalian,

Mohon doa semua untuk saya hadapi kes ini dengan jayanya.

Mohon kongsikan status ini supaya lebih ramai lagi yang buka mata dan tidak terpengaruh dengan skim-skim too good to be true sebegini.

Sekian, wassalam.

Afyan Mat Rawi
www.afyan.com

Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.

Kalau takut dengan scammer, usah bicara soal perjuangan melawan skim too good to be true.

Lawan tetap lawan!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini sahabat saya, Saudara Azmir Zakaria. Seorang peguambela dan peguamcara,…