Mahal lah

Ketika diajak menyertai Seminar Bijak Merancang Wang;

“Berapa yuran? RM147? Woi, mahalnya! Banyak kot boleh buat dengan RM147 tu. Boleh buat beli makanan. Boleh tengok movie. Kau takpelah, banyak duit”.

Ketika diajak menyertai skim perlindungan takaful;

“Mahallah RM200 proposal tu. Nanti dululah, company¬†sudah cover. Lagipun tengah nak guna duit ni. Nak kena bincang dengan isteri / makcik / pak ngah / jiran sebelah dulu sebelum join. Lagipun aku rasa aku tak kan sakit dan umur panjang”.

Ketika diajak menyertai skim pelaburan saham amanah patuh syariah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti;

“Berapa return ni? 10% sikit sangat. Cukup duit KWSP aku untuk bersara tanpa perlu beli saham amanah. Lagipun aku ada program yang lagi untung”.

 

Selepas beberapa purnama tidak berjumpa, dengar-dengar khabar sudah tersontot dengan skim Tok Ngah Hang, Arriiba, Ufun Icry, Apumbalik, Alfonso dan Maccaifund.

Tak banyak RM100,000 jewww.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?