Majlis Fatwa Silap, Insurans Halal – “Pakar” Insurans

Beberapa hari lalu saya berdiskusi dengan seorang “pakar” insurans.

Mungkin bagi para pembaca yang mengikuti perkara ini di Facebook saya, sudah mengetahui akan perkara ini.

Ia bermula apabila saya terbaca satu tulisan oleh “pakar” tersebut berkenaan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu hukum insurans konvensional.

Kata pakar tersebut, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama telah tersilap  dalam mengeluarkan hukum berkenaan kerana mereka bukan pakar insurans. Baginya, hanya pakar insurans yang layak memberi hukum tentang insurans.

Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa yang menghukum insurans konvensional haram adalah satu kesilapan.

Di ruang komen, saya memberi pandangan saya untuk mempertahankan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan hujah-hujah saya.

Dia membalas hujah-hujah saya.

Kemudian saya membalas hujah-hujahnya.

Kemudian, dia membalas balik hujah-hujah balas saya.

Kemudian, saya membalas balik hujah-hujah balas ke atas hujah-hujah balas saya.

Begitulah yang berlaku dalam masa beberapa jam.

Ia berlaku di ruang Facebook beliau. Melalui ruang komen tulisannya yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun entah kenapa, akhir sekali dia membuang kesemua diskusi tersebut dari ruan komen.

Tetapi, saya sempat menyimpannya.

Para pembaca boleh membuat penilaian sendiri….

CaptureCapture 2Capture 3Capture 4Capture 5Capture 6

Inilah tulisan tersebut. Dia sendiri yang menulis dia mewakili “pakar” insurans. Saya cuba menyemak perkataan “pakar insurans” di dalam website Malaysian Insurance Institute, tetapi tidak berjumpa. Saya tidak pasti siapa yang mengiktiraf ke”pakar”an tersebut.

Diskusi tersebut berlangsung di https://www.facebook.com/notes/azha-syazri-azizan/laporan-muzakarah-isu-halal-haram-insurans-15-november-2009/178787439140 yang saya telah diblok dan unfriend.

Berikut adalah sebahagian daripada diskusi tersebut yang sepatutnya terdapat di ruang facebook tersebut tetapi telah dibuang. Hanya ini sahaja yang sempat saya “selamatkan”.

114

12

13

11

8

7

10

9

53 4
2

Selepas itu, saya tidak lagi boleh masuk lagi ke dalam FB tersebut. Mungkin saya telah di”block”.

Namun, saya masih lagi boleh mengikuti perkembangannya melalui pengkhabaran rakan-rakan FB lain.

Malahan, ada juga yang “menyambung” diskusi tersebut yang mempertahankan Majlis Fatwa akhirnya diban dan diblok untuk masuk.

Yang paling mengejutkan, akhir sekaliartikel dan  diskusi itu ditutup terus daripada dipaparkan.

Atas ihsan seorang rakan FB, beliau sempat “menyimpan” tulisan penuh tersebut.

Jika ada yang ingin membacanya, sudi-sudilah menyertai saya di Facebook 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

47 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?