fbpx

Medisavers Takaful

Saya tahu kewujudan program ini pada tahun 2009. Ketika itu saya agak skeptikal sebab bagaimana mungkin produk medical card dipasarkan secara MLM?

Malah, ketika itu juga ada beberapa blog yang mengatakan ia adalah program scam.

Hanya pada 2014 saya menyertai program ini sebagai pengguna selepas mendapatkan respon daripada beberapa badan berautoriti dalam industri.

Rupa-rupanya ia bukan medical card semata yang sememangnya tidak boleh dipasarkan secara pemasaran bertingkat MLM.

Tapi ia adalah sebuah program penjagaan kesihatan atau “healthcare programme” bersama medical card yang dikelolakan oleh Pathlab, sebuah syarikat pengendali makmal ujian kesihatan.

Melalui program ini, ahli dapat membuat saringan kesihatan dan mendapat perlindungan medical card takaful setiap tahun.

Selain mendapat penjagaan kesihatan dan perlindungan takaful medical card, ahli juga boleh menyertai bisnes yang disediakan oleh melalui platform MXM International iaitu anak syarikat Pathlab. Konsep bisnes ini lebih kepada program rujukan (refferal program), ahli akan menerima refferal comission apabila mengrekomen pelanggan baru.

Tidak dapat dinafikan, ada sesetengah group yang mempromosi program ini secara “head-hunting”, dan ada group yang mempromosi secara misleading menggunakan terma pelaburan seperti #SuperbInvest yang sudah berada dalam watchlist BNM.

Oh ya, program ini wujud sejak tahun 1998 lagi tetapi sebelum ini dengan medical card oleh syarikat insurans konvensional.

Yang saya sertai ialah program Medisavers Takaful, bukan yang konvensional. Jika Tuan-Puan ingin menyertai program ini, selaku Muslim pilihlah program takaful, bukan insurans konvensional.

Tonton video di bawah;

 

BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com