Melabur Menggunakan Teknik NLP

1

Saya baru baca artikel dalam akhbar The Edge keluaran terkini berkenaan pengalaman pelaburan oleh Dr Ian Halsall lulusan Unversiti Cambridge yang mengamalkan NLP (Neuro Lingusitic Program) dalam membuat pelaburan.

Berikut beberapa perkara menarik;

1. 16 tahun beliau melabur dan portfolio pelaburannya mengatasi prestasi FBM KLCI. Oh ya, beliau melabur di Malaysia sejak tinggal di Malaysia sejak tahun 2000.

2. Antara pelaburan di Malaysia termasuk saham dan unit trust. Majoriti pelaburannya di UK.

3. Antara kaunter yang dilabur seperti DIGI, Maybank, Berjaya Sport Toto, Carslberg. (Nota: Yang ini jangan ikut. Tak patuh syariah).

4. Antara teknik NLP yang digunakan ialah modelling, sub-modaliti, internal representation syatem, anchoring, rapport dan lain-lain.

5. Melalui teknik modelling beliau mencontohi Warren Buffet dan Perer Lynch yang mengamalkan value investing.

6. Beliau tidak melabur dalam hartanah kerana tidak suka berurusan dengan kerja-kerja leceh seperti kerenah penyewa, paip bocor.

7. Dengan NLP beliau dapat menukar belief system yang negatif kepada positif.

8. Beliau menasihati pelabur untuk mengeluarkan diri dari perangkap psikologi (common payhological traps) menggunakan teknik anchoring, confirmation bias dan lain-lain dari NLP.

9. Asas kepada pelaburan ialah simpanan. Jika seseorang boleh membuat simpanan dengan baik, maka dia juga boleh menjadi pelabur yang baik.

10. Sesuatu yang menarik dan agak aneh yang saya dapati, beliau tidak melabur untuk mendapat keuntungan tinggi. Beliau melabur untuk dapatkan hidup yang kurang stress, kesihatan yang sihat dan duit untuk melakukan apa yang dimahukan.

11. Duit adalah alat untuk mencapai matlamat. Hanya peruntukan 10% daripada pendapatan untuk simpan dan labur bagi mencapai financial freedom!

Cukuplah 11 nota yang saya kongsikan. Yang lain biar saya amalkan sorang. Kalau kongsi semua pun bukan baca pun. Hoho!

Ke baca?

Kalau baca cuba komen sikit πŸ™‚

Lepas baca tu, selain komen tolong la LIKE dan SHARE sekali.

Kalau ramai yang komen semangat sikit saya nak tulis lagi πŸ™‚

Cukup 1,000 LIKE saya akan update lagi πŸ™‚

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?