Mini Talk: Medical Card

Terima kasih buat kira-kira 30 peserta program sharing Mini Talk: Medical Card malam tadi.

Ini pertama kali saya anjurkan program sebegini kepada public di pejabat INFAQ Consultancy.

Program malam tadi sebagai pembuka untuk program-program akan datang. Topik-topik yg akan dikupas dalam siri-siri akan datang seperti;
– Income Protection
– Bagaimana Review Polisi Takaful
– Urus Pusaka, Wasiat dan Hibah
– Bagaimana Menguruskan Pelaburan Unit Amanah
– Cukai dan Zakat
– ASB Financing

– Dan lain-lain topik

Program semalam, pendaftaran dibuka kira-kira 2 minggu sebelum program tanpa sebarang bayaran utk early bird.

Dalam masa 2 hari sahaja pendaftaran dibuka, hampir 70 orang yang mengisi nama sebelum tamat early bird, lalu saya tutup pendaftaran.

Tapi daripada kira-kira 70 orang yang mendaftar, 50% sahaja yang hadir. Ada yang urusetia sempat follow up, katanya “saja-saja je daftar”.

Itulah dilema apabila buat program percuma, tidak ramai yang hargai.

Tapi apabila anjurkan program berbayar, ada pula yang bersungut.

Untuk akan datang, pendaftaran akan dikenakan bayaran minima sebagai tanda komitmen.

Topik apa yang Tuan-Puan berminat?

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?