fbpx

Nasihat Percuma Mungkin Menjadi Nasihat Yang Paling Mahal

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 359Words
  • 348Views

1. Nasihat dari seorang upline MLM supaya downline membuat pinjaman utk melabur dalam bisnes MLM.

Yang downlie tidak tahu ialah, apabila dia beli secara atuomatik upline akan dapat komisen dan dia belum tentu untung dalam bisnes. Malah downline tersebut baru sehari join dan tidak tahu menahu langsung tentang produk

2. Nasihat dari seorang pegawai bank menggalakkan pelanggan membuat ASB loan.

Yang pelanggan tidak tahu ialah pegawai bank perlu cukupkan kuota jualan ASB loan dan pelanggan belum tentang untung apabila melabur dan secara pasti pelanggan akan menanggung hutang. Malah pelanggan tersebut hendak buat simpanan pun tertangguh-tangguh.

3. Nasihat dari seorang ejen takaful kepada pelanggannya mengatakan produk takafulnya adalah untuk pelaburan dan simpanan.

Yang pelanggan tidak tahu ialah ejen tersebut akan mendapat komisen sehinga maksima 60% apabila menjadi pelanggan, sehingga 6 tahun dan ia bukan produk pelaburan.

4. Nasihat dari seroang ejen unit amanah yang mengatakan bahawa pulangan pelaburan unit amanahnya adalah dijamin untung setiap tahun.

Yang pelanggan tidak tahu ialah ejen tu akan menerima komisen sehingga 4-5% setiap kali melabur dan dia belum tentu untung jika tidak bijak dan ia mempunyai risiko naik turun harga merket.

5. Nasihat dari seorang wakalah skim emas ETA yang menjanjikan pulangan riban-riban.

Yang pelanggan tidak tahu ialah wakalah tadi yang akan untung besar kerana hanya peru rolling duit money game dan emas tidak ada (ETA) pun. Dan skim yang ditawarkan sudah ramai yang tersontot

6. Nasihat dari seorang broker / remiser saham utk beli saham-saham yang direkomen.

Yang pelabur tidak tahu ialah broker / remiser mendapat komisen setiap kali pelabur membeli saham tidak kira kaunter untung atau tidak. Sedangkan pelaburan memerlukan ilmu bukan semata rekomendasi broker.

7. Nasihat dari seorang ejen emas, beli sekarang dan harga akan naik.

Yang pelanggan tidak tahu ialah, ejen akan menggalakkan pelanggan utk beli pada setiap masa tidak kira harga naik atau turun sebab dia akan dapat komisen.

8. Nasihat dari seorang ejen hartanah, beli rumah sebab harga rumah akan naik.

Yang pelanggan tidak diberitahu ialah, setiap kali beli rumah secara pinjaman atau pembiayaan, pelanggan akan menanggung hutang dan mungkin akan kerugian jika tidak kena gaya.

Jemput follow Channel Telegram Tips RM Channel Telegram untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam kewangan, tidak perlu sampai menjadi cendekiawan ulung, atau perlu…