fbpx

Neraka Wang Aidilfitri-Ubah ‘Mindset’ Kepada Menyimpan Lebih Awal

Tempoh hari saya dijemput oleh TV Al Hijrah untuk berkongsi topik NERAKA WANG AIDILFITRI.

Antara situasi yang banyak berlaku selepas musim perayaan ialah pokai dan bajet lari sebab;

1. Gaji bulan Jun masuk awal bulan
2. Duit gaji bulan Jun sudah digunakan menjelang musim perayaan
3. Di hujung bulan Jun, gaji tak masuk seperti biasa sebab dah masuk awal (No 1)
4. Duit sudah habis tapi gaji seterusnya, bulan Julai lambat lagi

Dalam situasi ini, tindakan yang ramai orang ambil ialah dengan memohon personal loan.

Seorang rakan yang baru bekerja dalam Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta memaklumkan, sebaik sahaja beliau masuk kerja selepas habis cuti raya minggu lepas, bertalu-talu panggilan telefon daripada bank menghubungi beliau untuk membuat pengesahan pekerja.

Pekerja-pekerja di syarikatnya memohon untuk mendapatkan personal loan sebaik sahaja habis cuti raya.

Ya, ia cara yang pantas untuk mendapatkan tunai. Hari ini apply, mungkin esok pun boleh dapat tunai.

Kemudian, bayar bulan-bulan bergantung kpd tempoh pinjaman.

Ia menyelesaikan masalah yang dihadapi tadi iaitu pokai selepas raya.

Tapi sebenarnya, ia akan membawa masalah-masalah lain.

Akhirnya ia menjadi tabiat; sekiranya berlaku kehabisan wang, buat hutang baru personal loan.

Dan tabiat ini dipupuk sejak sekian lama dan akhir sekali ia menjadi sebuah kepercayaan dalam diri seseorang.

Ia sebenarnya tentang mindset, sebagaimana berikut;

1. Bermula dengan FIKIRAN
2. Kemudian oleh TINDAKAN
3. Menghasilkan HASIL
4. Lahirlah satu KEPERCAYAAN

Sebab itu orang yang pokai, akan sentiasa pokai setiap masa. Kitaran no 1 hingga ni 4 di atas berulang-ulang sehingga menjadikan satu mindset kewangan dalam diri seseorang, sebagaimana berikut:

1. Bermula dengan FIKIRAN: Apabila tak ada duit, terfikir untuk membuat personal loan supaya masalah kewangan tadi selesai.

2. Kemudian oleh TINDAKAN: Ambil tindakan dengan apply personal loan.

3. Menghasilkan HASIL: Dapat duit personal loan.

4. Lahirlah satu KEPERCAYAAN: Percaya bahawa personal loan adalah cara mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Lama kelamaan ia menjadi satu mindset dan secara sedar tak sedar, sudah berada dalam #nerakwang.

Takkan setiap tahun nak buat personal loan?

Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah, lebih baik dan lebih berkesan untuk mengelakkan NERAKA WANG AIDILFITRI ini.

Caranya ialah dengan cara berikut;

1. Kira berapa kos yang diperlukan setiap kali aidilfitri. Contoh RM3,000

2. Jumlah tadi bahagi dengan 12. Contohnya, RM3,000 bahagi 12, dapat RM250

3. Maka, buat simpanan RM250 sebulan mulai sekarang dan simpan untuk tabungan raya tahun hadapan

Ia jauuuuh lebih baik daripada buat personal loan.

Boleh buat sekarang untuk raya tahun 2019 

Afyan Mat Rawi, IFP

Klik follow dan see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Jangan lupa sertai Channel Telegram t.me/TipsRM utk capaian pantas

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com