fbpx

#Nerakawang Aidilfitri

CHECKLIST #NERAKAWANG AIDILFITRI

Lebuhraya menuju ke #nerakawang menjelang musim perayaan

(Senarai ini bertambah dari masa ke masa. Boleh berikan cadangan tambahan di ruang komen)

1. Beli baju raya macam-macam konon hipster. Pakai sekali sahaja dan kemudian terperuk dalam almari 11 bulan.

2. Buat personal loan utk beraya sakan sebulan. Hutang tahun lepas tak habis bayar lagi.

3. Tukar kereta baru utk menunjuk-nunjuk dekat saudara mara di kampung.

4. Tukar perabot, tukar langsir, tukar kusyen, dan tukar segala macam perakara dalam untuk menyambut raya.

5. Tak cukup buat personal loan, pakai kad kredit sampai hujung nyawa.

6. Tukar sportrim baru berhutang. Tukar yang paling mahal.

7. Beli mercun banyak-banyak konon nak meriah. Beli mercun sama macam bakar duit.

8. Beli kuih raya beraneka macam, beraneka warna tapi rasa semua sama sahaja.

9. Sanggup tak bayar takaful sebulan dua sebab nak cover bajet raya.

10. Bagi duit raya dgn not paling besar, takut orang mengata.

11. Buat open house besar-besar, panggil orang-orang besar VIP utk datang. Mereka datang makan sikit je sebab byk penyakit. Kemudian makanan tak habis, membazir.

12. Pinjam duit kawan utk beraya sakan. Hutang yang sebelum tu buat-buat lupa.

13. Pakai handphone mahal. Datang beraya minta password wifi

14. Pakai kereta mahal-mahal. Masa beraya tutup aircond sebab nak jimat kos petrol.

15. Buat-buat lupa bayar upah pengasuh anak sebab nak cover bajet raya.

16. Sanggup tak renew roadtax dan takaful sebab nak jimat kos balik raya.

17. Bagi duit raya guna sampul raya bank riba.

18. Kereta mahal-mahal tapi tak ada duit nak servis sebab dah duit habis utk beraya.

19. Bagi duit raya, tapi tak bayar zakat fitrah.

20. Solat sunat hari raya, tapi tak solat fardhu.

21. Masa berpuasa betul-betul berjimat sebulan, masa raya berbelanja sakan sama macam belanja 2-3 bulan.

22. Gaji dapat awal, habiskan beraya sakan, kemudian merana sementara nak tunggu gaji.

23. Tambah bini. Anak bini yg sedia ada pun tak terurus baik.

24. Tengok orang lain bagi duit raya, kau nak bagi duit raya juga walaupun bajet takde.

25. Orang lain datang beraya minta maaf, kau datang beraya minta wi-fi. Orang lain makan lemang, kau makan pelempang.

26. Sembahyang raya pergi. Sembahyang jumaat tak pergi.

27. Pergi beraya, mengadap TV.

28. Masuk masjid surau buat-buat tak nampak tabung sedekah sebab takut lari bajet.

29. Beli kuih raya banyak-banyak, tak habis-habis sampai raya ke 32

30. Bajet raya untuk famili riban-riban, tapi nak bagi seratus dua kpd parent pun berkira.

31. Pagi raya, orang lain pergi ziarah sanak saudara, kau pergi tengok wayang.

“Jalan ke #nerakawang dihampari dengan permaidani merah”.

“Walaupun pintu-pintu neraka ditutup pada bulan Ramadhan, tapi tidak pintu #nerakawang malah terbuka luas”

Sila tambah senarai lain.

Afyan Mat Rawi
Bekas pemegang kunci #nerakawang

PESANAN PENAJA: Kongsikan status ini supaya lebih ramai terhindar dari api #nerakawang

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com