fbpx

Orang Kita Memang Pantas

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 199Words
  • 325Views

Orang kita memang pantas 😉

Keluar surat jiwang dari Lin Dan kpd Lee Chong Wei, laju sahaja share 🙂

Keluar berita Azizul Husni dapat tajaan Nike, cepat betul share.

Hari ini, minggu ini, berita apa pula yang akan tersebar secara viral agaknya?

Sengih 🙂

1

_________

Sedar tidak sedar, sebenarnya ini adalah mentaliti dan sikap kebanyakan orang kita, malah saya sendiri kadang-kadang.

Dalam strategi kehidupan, bisnes dan kewangan, sikap sebegini amat merbahaya!

Mempercayai khabar angin yang belum dipastikan kesahihannya, adalah satu kesilapan.

Contohnya dalam pelaburan, lebih ramai orang yang rugi berbanding membuat untung dengan cara spekulasi. Ia umpama perjudian. Jika betul dan untung, ia adalah nasib semata-mata.

Atas sikap ini jugalah, antara sebab mengapa skim cepat kaya dan skim piramid mudah dipercayai oleh ramai orang kita.

luxgen-mpv1

Tengok cek besar, kereta besar, wang besar dalam akaun, pakai jaket suit penuh bertali leher – terus percaya, isi borang dan bayar duit.

Yang kita tak tahu, rupa-rupanya cek besar – cek palsu, kereta besar – sebenarnya baru buat pinjaman bank full loan, jaket suit penuh bertali leher – rupa-rupanya baju pinjam dari upline, wang besar dalam akaun – akaun orang lain rupa-rupanya.

Orang kita memang pantas 🙂

Eh, dengar-dengar harga emas akan naik?

Sengih lagi 🙂

Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
GAJI RM5,000 SEKADAR CUKUP MAKAN Berpendapatan lebih RM5,000 mungkin disifatkan…