Apakah paper profit / paper loss?

Paper profit boleh diterjemahkan kpd “untung atas kertas” atau “rugi atas kertas”.

Ia juga disebut “unrealized profit” atau “unrealize capital gain” yg boleh diterjemahkan sebagai sebagai keuntungan yg belum direalisasikan atau keuntungan yg belum “real”.

Maknanya, anda untung tapi untung sebenar belum dimiliki dlm bentuk RM yg boleh dicairkan.

Faham ke faham?

Berikut adalah contoh;

1. Anda beli emas dengan harga RM150/gm dan kini naik kpd RM170/gm. Anda untung RM20/gm tapi itu hanya untung atas kertas kecuali anda jual emas tersebut maka ia menjadi untung sebenar.

2. Anda beli saham RM10,000 kemudian harga saham baik kepada RM15,000. Anda untung RM5,000 tapi untung itu hanyalah “unrealized profit” shj. Apabila anda jual saham tersebut barulah keuntungan itu menjadi “realized profit”.

3. Anda beli rumah dgn harga RM250,000 dan kini harga pasarannya ialah RM600,000 – keuntungan atas kertas ialah RM350,000. Untung ini hanya anda akan kecapi apabila anda jual rumah tersebut.

4. Begitu juga jika anda beli unit trust dgn harga RM100,000 dan kemudian kenaikan harga unit menjadi RM150,000 maka untung atas kertas / “paper profit” / “unrealized profit” anda adalah RM50,000.

Jadi tak perlu ghairah sangat kalau untung yg hanya “paper profit”.

Sama juga situasi apabila rugi atas kertas.

Contoh anda beli emas dan harga jatuh. Anda beli saham dan harga jatuh. Anda beli unit trust dan harga unit jatuh.

Rugi itu hanya rugi atas kertas. Rugi yang belum rugi sebenar.

Maknanya, selagi anda belum jual emas / saham / unit trust – anda belum alami kerugian sebenar.

Jadi tak perlu cuak sangat kalau rugi hanya di atas kertas. Sama seperti tak perlu ghairah sangat jika untung atas kertas.

Errr… Faham tak?

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?