“PAST PERFORMANCE NOT INDICATE FUTURE RESULT ”

Semalam, apabila saya kongsikan tip pelaburan ini, ada yg bertanya soalan;

“Jika kita tidak tengok past performance, kita nak tengok apa?”

Ya betul, jangan semata-mata tengok past performane.

Walaupun saya kongsi prestasi-prestasi dana-dana yg ada dalam pasaran, bukan tujuan utama supaya Tuan-Puan pilih dana tersebut.

Saya nak tunjukkan bahawasanya dalam pasaran ada banyak lagi syarikat dan dana yg perform tidak dikenali.

Dalam membuat penilain, jika kita hanya bergantung kpd past performane sahaja, sebab itu hanya tinggal SEJARAH.

Ada banyak faktor lain yg perlu diberi penilaian, antaranya;

1. Total Return;

Jumlah pulangan keseluruhan,contohnya dalam masa 5 tahun. Mungkin ada dana yg tahun lepas tinggi, tapi tahun-tahun sebelum itu tidak membanggakan.

consistency

2. Consistent Return:

Dana yg memberi pulangan secara konsisten setiap tahun. Mungkin ada dana yg pulangan biasa-biasa, tapi dapat berikan pulangan secara konsisten.

Ada dana yang berikan pulangan tinggi dalam sesuatu tahun, tapi tidak konsisten. Dan begitu juga sebaliknya.

3. Preservation:

Tahap preservation ibarat antibodi, ia menggambarkan tahap kekuatan sesuatu dana bertahan ketika ekonomi lembap.

Pada musim ekonomi stabil, kebanyakan dana dapat berikan pulangan yg baik, tapi pada musim ekonomi gawat bukan semua dana dapat berikan pulangan yg memberangsangkan.

4. Votality:

Ini ialah tahap “naik turun” sesuatu dana dalam sesuatu masa.

Kadar votality yang tinggi, menunjukkan dana tersebut mampu naik tinggi dalam masa sama mampu juga jatuh dengan kejatuhan yg menjunam, dalam masa yg singkat.

5. Sharpe Ratio:

Ia memberi penilaian tentang potensi dan risiko sesuatu dana bagi setiap 1% risiko. Lagi tinggi peratusan, lagi tinggi potensi pulangan dan lebih baik dana tersebut

Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?