Dalam setiap PELUANG PELABURAN, 2 perkara ini amat penting untuk diambil kira:
1) KOS
2) RISIKO

Saya ambil contoh 4 pelaburan yang popular (dan tambahan 1 pelaburan sontot. Hoho!) di negara kita:
1. Saham
2. Hartanah
3. Emas
4. Unit trust
5. Skim too good to be true

 

Kita pergi satu persatu risiko dan kos contoh-contoh pelaburan di atas:

1. SAHAM
Kos:
– Kos buka akaun CDS RM10
– Kos transaksi jual beli saham (brokerage, GST, clearing fees) sekitar 1% ke 2%

Risiko:
– Risiko harga jatuh, boleh cecah 50% dalam masa sehari
– Kaunter unlisted – Hampir TOTAL LOST

 

2. HARTANAH
Kos:
– Kos Deposit 5% ke 10%
– Kos guaman, SNP dan lain-lain 5% ke 10%
– Kos renovation sekitar 5% ke 20% bergantung kepada kondisi rumah

Risiko (Bagi kes pelaburan hartanah, ia berbeza-beza mengikut strategi pelaburan)
– Risiko projek perumahan terbengkalai (jika pelaburan hartanah under construction)
– Risiko ketiadaan penyewa (jika pelaburan hartanah untuk disewa)
– Kerenah penyewa (pelaburan hartanah sewa)

 

3. EMAS
Kos:
– Spread emas: 5% ke 30% (bergantung kepada jenis emas dan syarikat)

Risiko:
– Naik turun emas, boleh mencecah 10% setahun
– Emas hilang – TOTAL LOST
– Emas palsu – TOTAL LOST

 

4. UNIT TRUST
Kos
– Kes entry fees (sales scharge, GST) sekitar 6%
– Kos tahunan (trustee, management fees) sekitar 1%

Risiko
– Risiko harga jatuh, bergantung kepada volatility dan jenis dana. Ada yang sampai 30% setahun

 

5. Pelaburan Scam Too God To Be True
Kos
– Boleh bermula serendah RM1,000 hingga RM100,000 ke beribu-ribu RM

Risiko
– Risiko Sontot ialah risiko paling berisiko dalam banyak-banyak risiko. TOTAL LOST dan hilang maruah.

 

4

*Kesemua kos dan risiko di atas hanya boleh diminimakan dan dikawal melalui satu jenis pelaburan yang paling menguntungkan di dunia: PELABURAN ILMU

**Selepas ada ILMU PELABURAN, barulah mulakan PELABURAN dan bersedia menghadapi risiko setiap PELABURAN.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?