Pelaburan Terjamin

Tahukah anda, apabila anda melabur di unit trust, anda dijamin oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti?

sc_2012.transformed bank-negara

Jaminan ini bukan bermaksud jaminan keuntungan.

Jaminan yang dimaksudkan ialah jaminan dari sudut undang-undang bahawasanya pelaburan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat unit trust yang anda laburkan, mengikut lunas undang-undang.

Malah jika anda melabur di unit trust patuh syariah, ia dijamin patuh syariah oleh para penasihat syariah yang bertauliah.

Sebab itu ia dinamakan unit trust atau amanah saham kerana ia memang ada pemegang amanah daripada syarikat-syarikat amanah yang ada di Malaysia.

Wang anda dilaburkan tanpa risiko wang itu diseleweng oleh mana-mana pihak.

Jangan terpengaruh jika ada ejen unit trust yang memburukkan syarikat lain bahawa syarikat unit trust yang kecil tiada jaminan akan terus kekal lama, maka pilihlah syarikat unit trust dia yang dikatakan lebih besar dan kekal lama.

Ia sama dengan kes ejen takaful memburukkan syarikat lain dengan katanya “syarikat kecil, susah bayar claim”.

Bro, negara kita ada undang-undang untuk kawal semua institusi kewangan di Malaysia. Tak perlu gunakan idea lapuk untuk naikkan kompeni sendiri.

Jika syarikat itu besar – yes, ia fakta.

Jika syarikat itu kecil – yes juga dan ia fakta.

Tapi jika nak kata syarikat besar lagi untung dari syarikat kecil atau syarikat kecil ada risiko tutup – ini bukan fakta Bro. Ini auta.

Belum pernah ada kes syarikat unit trust / bank / takaful yang bankrap dan duit klien hilang begitu sahaja.

No Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?