Pembentangan Bajet 2017

Saya baru terima mesej ini tadi, berkenaan pengumuman yang bakal diumumkan kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2017 akan datang.

Nampak macam “too good to be true”, tapi tidak mustahil ia akan dilaksanakan menjelang PRU tahun depan.

Berdasarkan iklim politik semasa, parti pemerintah sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih kepercayaan rakyat untuk kekal releven selepas PRU akan datang.

spr-election-commission

 

Berikut ialah mesej tersebut;

“Berita baik untuk seluruh rakyat malaysia. Antara intipati Belanjawan 2017 yang akan diumumkan kerajaan penghujung tahun ini:

1. Pemberian BR1M dinaikkan kepada RM800 (Bujang) dan RM2,400 (Keluarga)

2. Harga petrol RON95 dan Diesel diturunkan sebanyak 60sen, manakala RON97 sebanyak 40sen

3. Wang royalti minyak sebanyak 15% daripada keuntungan bersih tahunan syarikat carigali bertanggungjawab akan diberikan kepada kerajaan negeri yang terlibat.

4. Bantuan Kereta 1 Malaysia (BAK1M) bakal diperkenalkan dengan bantuan bayaran deposit sebanyak RM5,000 untuk warganegara berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah memiliki kenderaan (Model Proton sahaja)

5. Kadar faedah bank akan dikurangkan sebanyak 0.9% bagi kakitangan kerajaan dan 0.7% bagi kakitangan swasta swasta

6. PTPTN akan dilupuskan secara berperingkat bermula dengan peminjam yang tamat pengajian dengan pencapaian PNGK 3.0 dan ke atas

7. Graduan yang tamat pengajian dan telah menganggur melebihi 1 tahun akan diserap masuk ke sektor awam dibawah Skim Latihan Graduan 1 Malaysia (SLAG1M) dengan gaji permulaan sebanyak RM1,900

8. Ibu tunggal dan warga emas akan mendapat diskaun sebanyak 50% untuk setiap pembelian di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)

9. Diskaun sebanyak 40% diberikan kepada remaja berumur 18-25 tahun untuk pembelian motosikal berjenama Malaysia

 

 

Berikut adalah antara intipati penting Belanjawan 2017 yang telah diberitahu oleh seorang pesakit mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan awal pagi tadi jika dia dipilih menjadi Perdana Menteri pada PRU akan datang.
????????????????????????????????“.

Nota: Saya pun terkena sontot. Anda yang baca, takkan nak terkena sontot sorang-sorang? Share apa yang patut 🙂

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?