Pengakuan Mangsa Skim APUM

2

Pengakuan salah seorang mangsa skim sontot APUM.

“mula2 kwn bwk g tempat dia . dia cakap nk share something pastu dh sampai dia perkenalkan tempat tu dan mcm2 la . pastu dia pnggil org atas mula explain pasal bisnes ni . pastu dorg brainwash la janji mcm2 kalau dh masuk kaya gila nak berenti belajar pun okay . pastu dorg akan selalu pujuk and contact kita . Pastu kalau kita setuju dorang akan selalu desak bila nak cukupkan 6600 . kawan sy sorang lg dia letak kertas atas meja dan suruh listkan nama orang yang boleh kita berhutang pastu call masa tu jugak . memang on the spot dorang buat . Nak hutang tu cakapla urgent nak pakai duit lepas 3 bulan or 4,5 bulan baru bayar . Bayangkan dorg dah ajar berhutang masa tu . bukannya sikit 6600 kott . pastu bila dah complete dorg terus on kan misi . mula la explain misi yg susah gila nak mati tuh . sebelum ni cite2 yg basic je . rupanya lagi parah . setiap event dia kena byr dlm [email protected] . Pastu kena beli buku lg . Then part yg paling best bila sy dh masuk, dah pegi kelas semua, haritu sy nak amek vco oasis tu . then staff dia cakap nama sy xde dalam sistem . ya Allah !!!!! selama ni saya kena tipu xtahu pegi mana duit 6600 . then dorang suruh isi borang balik . memang menyusahkan sgt2 sebab sy dtg dpd kelantan ke kl semata2 nak amek vco . masa tu cuti sem . then lepas tu baru boleh amek vco 33 botol tu pun lepas mmg susah gila nak amek kejap borang xdela hilangla . Saya xtahu pegi mana dah upline2 yg janjikan bulan dan bintang . bila sy tanya kawan sy pun (upline sy) dia cakap dia pun menyesal . hutang dia dlm 10k . sy 3k . sebab bila once dah masuk rjb holdings ni kita akan seterusnya berhutang . Memang makin bertimbun . pastu si azhar ceo rjb holdings ni cakap semua org berhutang yg penting jangan malu berhutang . lepasni kita akan sama2 kaya . Kwn sy sorg lagi pulak, dh siap bank in semua , tup2 sama kes macam sy , nama xde dlm sistem sampaila sekarang . Alhamdulillah td sy dh buat report dkt kpdnkk . semoga pihak tuan dapat membantu kami . kenapa dorg nak sasarkan budak ipt mcm ktorg ? dah xde org lain ke ? mmg sekarang ni serabut fikir hutang org xbayar lg . semoga kami dapat menuntut keadilan dan duit dikembalikan .”

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?