Tulisan ini agak panjang dan saya perlu kongsikan untuk mengelak fitnah-fitnah yang cuba dilemparkan kepada saya.

Baru-baru ini ada yang mempertikaikan kelayakan saya untuk bercakap tentang Financial planning, memberi khidmat nasihat tentang kewangan,’ menganjurkan Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW, menulis Ebook Bijak Merancang Wang dan sebagainya.

Katanya, saya sama sahaja dengan ejen takaful dan unit trust lain, walaupun ada IFP.

Katanya, kereta yang saya pakai pun kereta lama. Rumah yang saya tinggal pun rumah teres biasa.

Katanya juga, apa yang saya kongsi selama ini adalah hipokrasi semata.

Saya terima ia dengan hari terbuka.

Saya tak mampu nak mengawal mulut dan kata dari semua orang.

Saya berterima kasih kepada mereka yang concern dengan diri saya, kehidupan saya, rumah saya, kereta saya dan lain-lain.

Saya akui, saya bukan ada banyak duit untuk membeli BMW, Merc apatah lagi Lamborgini.

Saya pun tak mampu untuk tinggal di banglo besar.

Cuma apa yang boleh saya katakan ialah saya sudah membeli kita-kira 6 unit rumah teres dua tingkat di pinggir Kuala Lumpur sebagai bekalan masa hadapan saya. Semuanya saya buat sewa yang menghasilkan pendapatan pasif yang membolehkan saya bebas kewangan.

Tapi saya masih juga buat bisnes. Nanti saya ceritakan kenapa.

Bukan semua benda saya ceritakan kepada orang di FB. Ada perkara yang saya buat, saya kongsikan di FB dalam bentuk tips.

Saya pun tak tunjuk unit-unit yang saya miliki. Biarlah ia hanya diketahui oleh banker dan peguam saya.

Wang tunai yang saya miliki pun tak perlu untuk saya ceritakan. Kalau saya menderma, bersedekah biarlah yang menerima sahaja tahu. Itu pun kalau tahu, tapi kebanyakan tidak tahu yang saya yang berikan. Biarlah ia urusan saya dengan Allah.

Bukan semua benda kena tunjuk dalam FB.

Juga yang saya tidak pernah ceritakan (ini pertama kali), beberapa ekar ladang getah dan ladang sawit di kawasan-kawasan pertanian beberapa pekan di Malaysia.

Juga ada beberapa tanah kosong yang sedang saya usahakan, cadangnya untuk membina hotel dalam masa terdekat. Ada satu tapak hotel yang sedang dalam pembinaan.

Saya masih lagi jalankan bisnes dan dapat gaji setiap bulan daripada bisnes saya. Wang tersebut saya kumpul untuk dijadikan modal dan juga melalui unit-unit sewa tadi.

Banyak lagi yang saya buat yang saya tak ceritakan dan dalam perancangan. Biarlah masa yang menentukan dan orang yang terlibat sahaja tahu.

Saya sebenarnya tidak mahu ceritakan semua ni. Tapi apabila ada pihak-pihak yang mempertikaikan, jadi saya kongsikan sebahagiannya.

Ya, ia sebahagian kecil sahaja. Yang lain, nanti-nantikan saya ceritakan. Yang ini pun sudah cukup banyak sebab tak pernah pun saya kongsikan.

Cuma baru-baru ini kucing saya langgar papan Monopoli saya menyebabkan unit-unit saya habis runtuh. Wang ringgit usah dikiralah. Habis semua bersepah.

Geran-geran tanah pun berterabur semuanya. Habis segala perancangan saya untuk membina hotel tadi.

Lawyer yang merangkap banker pun bengang.

Kena start balik dari zero. Bukan senang tau.

Nanti saya main lagi saya beritahu lagi.

Sekian sahaja pengalaman pelaburan saya.

Sesiapa yang sudah terbaca sampai habis, jemput LIKE dan SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat dari posting ini.

Terima kasih 🙂

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?